CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 1

[Tempatan] Unggas suara emas harga kondo

[Copy link]
Post time 18-6-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Unggas suara emas harga kondo



ANTARA burung yang dirampas cuba diseludup di negara jiran.

Kuala Lumpur: Bukan sembarangan unggas bila mana nilai seekor burung murai batu 'primadona' bersuara emas boleh menyamai harga sebuah kondominium di negara jiran Indonesia.

Ini antara faktor 'tarikan' menyebabkan aktiviti penyeludupan burung murai batu Malaysia (white-rumped Shama) terus aktif dilakukan secara serius membabitkan warga tempatan dan Indonesia.

Difahamkan, kegilaan dan minat membela burung untuk pertandingan suara kicauan di kalangan rakyat negara jiran menyebabkan setiap ekor murai batu seludup boleh dipasarkan bermula rupiah 3 juta (RM902) hingga rupiah 5 juta (RM1,500).

Namun harganya akan meningkat naik mendadak menjangkau rupiah 50 juta (RM15,000) hingga rupiah 800 juta (RM240,000) jika murai batu itu menjadi juara serta memenangi banyak pertandingan disertai.


Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, berbanding spesis lain, burung murai batu dianggap memiliki kicauan sangat merdu dan pelbagai.


Menurut sumber, burung murai batu tempatan disifatkan burung paling popular atau 'primadona' di kalangan peminat tegar bunyi kicauan burung itu berbanding spesies sama dari Thailand, Filipina dan kepulauan Borneo.

"Malah, harga murai batu tidak pernah jatuh di negara jiran itu berbanding spesies lain sepanjang tempoh pandemik Covid-19 lalu.

"Harga burung ini dikatakan kekal stabil dan mahal tanpa berlaku penurunan ketara dengan harganya di pasaran negara itu antara

"Walaupun terdapat burung murai batu tempatan di Indonesia seperti burung murai batu medan, burung murai batu lampung, murai batu nias, Aceh, Jambi dan Jawa namun burung murai batu berasal dari Malaysia dianggap memiliki kicauan bunyi lebih menarik serta memukau," katanya,

Menurutnya, burung murai batu berasal dari hutan negara ini dikatakan lebih agresif dan suara merdu sekaligus amat sesuai untuk menyertai pertandingan bunyi kicauan burung di negara jiran itu.

"Malah, kekurangan bekalan burung murai batu Malaysia menyebabkan sindiket penyeludupan turut cuba mendapatkan bekalan burung murai batu dari Thailand dan Filipina baru-baru ini.

"Ini menunjukkan sindiket yang membekalkan burung murai batu di negara jiran itu berdepan masalah memenuhi permintaan di pasaran gelap. Ini menyebabkan mereka berusaha mendapatkan bekalan tambahan burung murai batu dari Thailand baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, biarpun negara jiran terbabit memiliki spesies murai batu tempatan seperti burung murai batu medan, burung murai batu lampung, murai batu nias dan Aceh namun wujud tanggapan burung murai batu Malaysia adalah yang terbaik.

Malaysia jadi transit sindiket dagang hidupan liar haram

Tidak hanya dijadikan transit utama sindiket dadah antarabangsa, malah Malaysia kini turut menjadi transit 'persinggahan' rangkaian sindiket pemerdagangan hidupan liar haram.

Ini terbukti apabila beribu burung murai batu berasal dari Thailand dirampas di negara ini oleh pihak berkuasa tempatan sejak awal tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sebanyak 678 ekor spesies burung murai batu berjaya dirampas pihaknya sejak Januari 2022 sehingga Mei lalu.

Menurutnya, jumlah itu jelas meningkat berbanding 425 ekor spesis burung murai batu yang dirampas dalam tempoh sama tahun lalu.

"Selain spesies burung murai batu, terdapat beberapa spesies burung tempatan lain berjaya dirampas Jabatan Perhilitan antaranya burung bayan puling, merbah luris leher, murai kampung, bayan serindit, burung daun kecil, kelicap kunyit, tiong mas dan lain-lain," katanya.

Abdul Kadir berkata, pihaknya melakukan pelbagai inisiatif untuk menyelamatkan unggas ini dengan mengekang aktiviti pemburuan haram melalui Op Bersepadu Khazanah (OBK).

Menurutnya, usaha itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pada masa sama katanya, Perhilitan juga bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) dan Perbadanan Taman Negeri Johor (PTNJ).

Jelasnya, kerjasama yang baik turut diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS), Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung), Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT), Rimba dan Tabung Hidupan Liar (WWF). Hasilnya, beliau berkata, pihaknya berjaya melakukan tangkapan suspek dan rampasan burung bernilai RM2.5 juta sejak 2019.

Terbaru pihaknya dengan bantuan polis Bukit Aman berjaya merampas 72 ekor burung murai batu susulan serbuan di sebuah kediaman di Taman Menglembu Impiana, Menglembu, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Hasil serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an diberkas dan 65 ekor burung murai batu dewasa dan tujuh anak burung murai batu berharga RM662,000 dirampas.

Suspek dipercayai terbabit dengan aktiviti jual beli burung dilindungi itu selain pemburuan haram.

Sementara itu dalam kes berasingan, Perhilitan Kelantan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki berusia 20-an di Kampung Jubakar, Tumpat, Kelantan, sebelum merampas 541 ekor burung murai batu.

Semua burung itu diletakkan di dalam 32 bakul plastik yang dimuatkan di dalam kenderaan dipandu suspek ketika ditahan.

Suspek disyaki menyeludup masuk hidupan liar itu daripada Thailand.

Semua kesalahan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 63 (menjalankan urus niaga tanpa lesen), Seksyen 45 (3) (penandaan hidupan liar) dan Seksyen 61 kerana memburu serta memiliki hidupan liar tidak matang tanpa lesen mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ra-emas-harga-kondo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 12:59 PM | Show all posts
Tunjuk resit baru percaya 50%

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.312311 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list