CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1743|Reply: 30

[Tempatan] PM: 'PRU15 mungkin lebih awal'

[Copy link]
Post time 20-6-2022 08:48 AM | Show all posts |Read mode
PM: 'PRU15 mungkin lebih awal'

https://www.malaysiakini.com/news/625282

NS Ramli
Diterbitkan:  Jun 19, 2022 5:53 PM⋅
Dikemaskini: 6:17 PM



Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum Julai 2023.

Dia yang juga naib presiden Umno berkata pilihan raya paling lewat boleh diadakan pada Julai (2023), apabila tamat tempoh (penggal) bagi pilihan raya umum yang lalu.

"Walaupun tamat tempoh Julai, ianya lebih kurang setahun sahaja dari sekarang, setahun tidak lama bagi parti-parti politik menghadapi pilihan raya, setahun bukanlah jangka masa yang lama.

"Sebab itu kita kena bersedia sentiasa, itu kalau paling lewat setahun, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal dari tarikh akhir penggal.

"Maknanya kalau paling lewat setahun, kalau lebih awal jangka masa itu lebih dekat, sebab itulah saya minta di Bera ini, semua jentera, tak kira Umno, Barisan Nasional perlu sentiasa bersiap siaga, kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, hari ini.

Khamis lalu, Dr Mahathir Mohamad berpendapat tarikh sesuai untuk diadakan PRU15 ialah sehingga habis penggal pada hujung Julai 2023.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata BN dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh PRU15.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama petugas JR diadakan itu, Ismail berkata, dia bangga kerana usaha diadakan membabitkan sayap wanita dari Umno, MCA dan MIC melakukan kajian sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia enggan mengesahkan perjumpaan terbabit sebagai tanda bahawa PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat.

"Soal bila pilihan raya, saya dah bagitahu jangan tanya, tapi perlu bersedia, bersiap siaga.

"Saya dah kata, biasanya, dari dulu pun tidak pernah kita berbincang di khalayak tentang tarikh pilihan raya, jadi tunggulah," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 09:00 AM | Show all posts
ingatkan julai ni hahahahha, sekali 2023 da
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:04 AM | Show all posts
copy_paste replied at 20-6-2022 09:00 AM
ingatkan julai ni hahahahha, sekali 2023 da

kalau julai ni
malu la dia
jadi pm paling sekejap dalam sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:11 AM | Show all posts
copy_paste replied at 20-6-2022 09:00 AM
ingatkan julai ni hahahahha, sekali 2023 da

lepas raya haji sebelum akhir tahun bermula september

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:29 AM | Show all posts
kiranya, memang tak lama lagilah PRU-15.
setahun bukannya lama utk parti membuat persediaan, agihan kerusi dll..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 dh dipanggil taklimat. Pakcik aku jd ketua pusat mengundi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 10:39 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 20-6-2022 10:36 AM
Cikgu2 dh dipanggil taklimat. Pakcik aku jd ketua pusat mengundi.

bila2 masa dari sekarang sehingga julai 2023
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu penggal melepasi 4 tahun okay dah tu..boleh dah buat bila2 ikut sedap tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Standby dah semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:48 AM | Show all posts
ada orang kata dalam thread sebelum ni bulan 20..    eh silap bulan 10
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:49 AM | Show all posts
rasanya ,sebelum ini pun, tak pernah  hingga abis penggal , cukup2 5 tahun.
biasanya diantara 4-5 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:54 AM | Show all posts
nk gula2 huhuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:58 AM | Show all posts
renko replied at 20-6-2022 09:04 AM
kalau julai ni
malu la dia
jadi pm paling sekejap dalam sejarah

oklah tu...sekurang-kurangnya sudah masuk dalam sejarah, senarai PM yg mentadbir negara iaitu PM yg ke 9.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 20-6-2022 10:58 AM
oklah tu...sekurang-kurangnya sudah masuk dalam sejarah, senarai PM yg mentadbir negara iaitu PM y ...

Dah layak dapat tanah dari Kerajaan harga puluh2 juta tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:04 AM | Show all posts
xy_daen replied at 20-6-2022 11:00 AM
Dah layak dapat tanah dari Kerajaan harga puluh2 juta tak?

kalau ada dlm akta, memang layak, tidak menyalahi undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:26 AM | Show all posts
Dah x lama dah ni. SPR dh bagi taklimat kat Jabatan Pendidikan.. Mungkin bulan 9. Tapi terpikir juga, Kalu bulan 9 sapa nk bentang badget nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 20-6-2022 11:04 AM
kalau ada dlm akta, memang layak, tidak menyalahi undang2.

Alhamdulillah....burppp
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:36 AM | Show all posts

mungkin pru selepas bentang gula2 dlm bajet...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan. Make sure mskkan najib dan zahid dlm penjara dulu. Gitulah harapan musuh2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 20-6-2022 10:36 AM
Cikgu2 dh dipanggil taklimat. Pakcik aku jd ketua pusat mengundi.

kalau dah taklimat bagai mesti lah tahun ni jugak kan?   kalau jan 23 pon rasa dah jauh gila tu, apatah lagi julai 23
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list