View: 2520|Reply: 29
|
Budak 4 Tahun Di Kelantan Kritikal, Mungkin Diberi Makan Dadah Oleh Bapa Saudara
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/20/141315j4z4y9qhwhw9oo0j.png) Gambar Hiasan
"Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.
"Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.
Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.
" ermohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Terdahulu, Muhamad Zaki merasmikan majlis Himpunan Bulanan di perkarangan IPK dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...slmtkan la adik ni Ya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
meth ni ais kan?
selalu nya kaki ais ni kedekut dgn ais mereka...
maklum la barang mahal, mgkn budak tu secara tak sengaja terambil |
|
|
|
|
|
|
|
kjaan kena tgk bahaya dadah ni cam tgk virus covid 19...dan perlu 'dimusnahkan sehabisnya'...melainkan ada hati nk kutip 'cukai' drp 'peniaga2' dadah ni...![](static/image/smiley/default/curse.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 20-6-2022 06:29 AM
meth ni ais kan?
selalu nya kaki ais ni kedekut dgn ais mereka...
Hmmm. Logik. Unless bapak sedara tiba2 merasa nak bereksperimen. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar
mcm mana mak dia leh biarkan anak
dengan bapak sedara gitu
takkan tak tau yg adik beradik tu tegar
apasal lah cuai sgttttt
kalau ai lah dekat pun tak boleh hokay
better tak jumpa or tak kenal lgsg bapak sedara gini |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam peti sejuk rumah dik salim ada ke ais?
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni anak sendiri jagalah sendiri lepas kat tangan orang macam2 boleh jadi |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia fikir asalkan bukan babi dan arak, sbb lobai jarang highlight isu dadah, so dia pun omnomnomnomnom |
|
|
|
|
|
|
|
ais ada, meth takde, wa tak layan ais yg membawa mudarat ini... ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ish. Takkanlah ummah negeri serambi Mekah nak buat macam ni? Reporter ni biar betul! Jangan main-main. Buat berita serupo musoh Isle. |
|
|
|
|
|
|
|
eeiii takde otak ke ape. teruknyaa manusia skrg |
|
|
|
|
|
|
|
cukai tepi ni lumayan beb,
|
|
|
|
|
|
|
|
atau pn, air dr paipon meth tu, @ residue dr dadah ni, budak tu termakan, mgkn dia minum air dr paipon ais, paipon ais bersih tau cam air suling Reverse osmosis, tu agaknya budak tu terminum kot,
kasian budak tu, semoga beliau selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah ni takan abis selagi ada dalangnya terutama melibatkan polis atasan, kata tok ayob khan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Semoga yg baik baik saja utk adik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan x suap babi konsepnyaa..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|