View: 1158|Reply: 13
|
[Tempatan]
Kanak-kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan..KEJADIAN DI KELANTAN
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan
![](https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/06/20133120/siakap-keli-article-cover-1655703071-740x385.jpeg)
KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah dalam badannya.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang doktor membuat laporan mengenai kejadian itu pada 5 pagi semalam, selepas mangsa dihantar oleh ibunya berusia 36 tahun untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Katanya susulan kejadian itu, bapa saudara kanak-kanak tersebut berusia 30 tahun yang juga seorang penagih dadah tegar, telah ditahan.
“Pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam badan kanak-kanak tersebut berdasarkan ujian air kencing.
“Susulan itu, kanak-kanak tersebut telah dihantar untuk tindakan lanjut ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana keadaannya yang kritikal,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan awal mendapati ketika dalam jagaan bapa saudaranya, kanak-kanak tersebut dikatakan telah dibawa kemungkinan ke lokasi penagihan dadah.
“Polis sedang menyiasat sama ada kanak-kanak itu diberi dadah atau dibiarkan sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terdedah kepada dadah.
“Polis telah menahan suspek (bapa saudara) pada 10 malam tadi yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes ini,” katanya.
Muhamad Zaki berkata kes tersebut adalah yang pertama seumpama itu berlaku di Kelantan.
“Sesuatu yang amat malang kerana melibatkan kanak-kanak. Polis dalam proses untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la mak dia percaya kat mamat tu utk jaga anak dia![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
benang dh ada..hang lambat la...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
@renko
Hmm. Apa nk jadi dgn org2 kelamtam nim....
Urut dada TMB |
|
|
|
|
|
|
|
timbalan mb ketap bibir lagi
bapok negeri ambo je kawe duk tulih berito???
typo bakpo
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 20-6-2022 02:50 PM
timbalan mb ketap bibir lagi
bapok negeri ambo je kawe duk tulih berito???
typo bakpo
Hehe............ |
|
|
|
|
|
|
|
kes sama tp kejadian lain2...dah bnyk sgt kes ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 20-6-2022 03:32 PM
kes sama tp kejadian lain2...dah bnyk sgt kes ni
Koram ni kan..sebelum tepek thread baru x check ke dulu...
Tampamham akum.... |
|
|
|
|
|
|
|
family member pon berani bagi penagih tu bawak budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/danial_1655713068.jpg)
kesian beb budak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
jahanam negara kerana dadah dan rasuah...
masyarakat kena istihar perang jihad terhadap dadah dan rasuah...membunuh manusia2 terlibat boleh masuk syurga |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 20-6-2022 05:06 PM
jahanam negara kerana dadah dan rasuah...
masyarakat kena istihar perang jihad terhadap dadah dan r ...
Doakanlah supaya Duterte versi Malaysia muncul utk memerangi mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Pas pus pis nk tunding jari kt mana lg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|