View: 1197|Reply: 19
|
2 Beranak Tembak Kucing Jiran Dengan Senapang Angin Ditahan
[Copy link]
|
|
Dua beranak dicekup polis selepas disyaki membunuh seekor kucing dengan selaras senapang angin dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Rambai, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu, suspek yang berusia 62 tahun dan anaknya berumur 27 tahun ditahan selepas kucing milik jiran mereka disahkan mati ketika dibawa ke klinik haiwan selepas mengalami muntah darah dan luka di belakang badan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/21/210422asaaszu10iccszu6.jpg) Doktor yang merawat mendapati kucing itu telah ditembak dan terdapat geguli besi di dalam badan haiwan itu dan tidak dapat diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati tindakan dilakukan dua beranak itu susulan tidak berpuas hati dengan kucing betina berkenaan masuk ke rumah mereka.
“Pihak polis menerima laporan daripada pemilik kucing berusia 44 tahun mendakwa doktor yang merawat mendapati kucing mangsa telah ditembak dan terdapat geguli besi di dalam badannya dan tidak dapat diselamatkan.
“Tindakan lanjut dilakukan oleh Cawangan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan dua lelaki serta merampas selaras senapang angin dan beberapa alatan yang dipercayai sebagai alat ganti senapang angin tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek warga emas ditahan pada pukul 8 malam Isnin manakala anaknya ditahan 2.30 petang tadi selain penggeledahan didalam sebuah bilik rumah suspek juga menemui 17 butir peluru tabur.
Daripada siasatan yang dijalankan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan insiden berkenaan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan untuk segera menyalurkan maklumat,”tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh disabitkan dengan denda tidak kurang dari RM 20,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada baca akak ni post pasal kucing dia kat fb. Bagus akak ni repot polis. Kalau tak silap pakcik tu ada bela ayam. Ayam2 dia merata gi rumah orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
pembunuh 2 ekor tu mmg patut la kena hukum sbb membunuh, tapi pemilik pon patut kena humban skali atas kesalahan cuai (tak indoorkan kucing) hingga terbunuh. sama je mcm makpak yg tak reti jaga anak kecik ![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
peluru tabur tu shotgun punya ke ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm oghang melakau
bukan mulut je jahat
hati pun jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik kucing kalau taknak gaduh dgn jiran tetangga ..kurung kan je la..sesetengah kucing tak keluar ke rumah orang lain..
Duk diam je dalam rumah tuannya..
Yang lain jenis bergaduh pun ya sesama kucing.
Pagi2 dah bergaduh depan rumah ni ha.
Grrr ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh dengan miau pun dah ada keinginan membunuh
Gaduh dengan bini gamaknya ditetak2
Sebab dah dinormalisasikan membunuh itu langkah menyelesaikan sesuatu masalah
Fikir pendek |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tengok muka suspek boleh dek? Kot la helok sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa bukan takat kahau je… eh semualah..melake..melake |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka al lahabau lg..macik asam pedas tersenyum simpul |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti banyak makan asam pedas kat restoran 35 yg tersohor denagn makian anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
tuan kucing tu pon patut didakwa menganggu kenteraman awam, sampi terjadi hal mcm ni,jenis tuan kucing or pencinta kucing yang bebal mcm ni sama macam tuan lembu yang bela lembu biarkan lembu duduk kat tgh jalan....sial punya tuan kucing or pencinta kucing yang cuma taw membela untuk keuntungan emosi dia orang jer tp tak mengira emosi orang lain.aku harap tuan kucing jenis bebal macam ni di laknat ... |
|
|
|
|
|
|
|
Musibat sungguh perangai baguslah tuan kucing buat lapuran |
|
|
|
|
|
|
|
Musibat sungguh perangai baguslah tuan kucing buat lapuran |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai orang yang rasis dengan melaka, orang melaka memang perangai pelik. bawah satu level je dengan sskjp dan sskml |
|
|
|
|
|
|
| |
|