CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2832|Reply: 46

[Tempatan] Subsidi minyak masak tulen botol dimansuhkan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Subsidi minyak masak tulen botol dimansuhkan


ALEXANDER (kanan) selepas mempengerusikan majlis libat urus di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Beliau berkata, bagaimanapun subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

"Sebenarnya, program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara, ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

"Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan sehingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar; bagaimanapun, segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog bersama pihak industri mengenai isu harga dan bekalan di kementeriannya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Alexander berkata, ia dianjurkan bagi memberi penerangan kepada pemain industri dan persatuan pengguna terhadap inflasi yang berlaku di negara ini.

Melalui sesi dialog berkenaan, terdapat pandangan dan cadangan yang diberikan antaranya untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah cara hidup dalam menghadapi kenaikan harga.

Beliau berkata, turut diajukan adalah isu kekurangan pekerja dalam sektor perdagangan pengedaran yang semakin kritikal dan kos operasi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-botol-dimansuhkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 12:47 PM | Show all posts
aku cuba cari minyak masak paket subsidi tapi tak pernah dapat... aku cuma pernah tengok orang ramai berebut membeli minyak masak itu... aku tak pasti kenapa tapi ada yang berpendapat bahawa ramai dikalangan itu orang berniaga ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena mulakan BMF mcm dulu....
Berebut² minyak masak turun harga.....dari rm25 turun ke rm17.....

So pasni minyak masak 5kg jadi rm47 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe na..timesih...pasni...make yg berasaskan sup,kukus jer la....korang minum la minyak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
K whatever
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan yg berniaga mudah aje,mereka naikkan harga makanan. Yang tanggung semua kenaikan adalah pengguna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 01:38 PM | Show all posts
ultra78 replied at 22-6-2022 01:11 PM
Golongan yg berniaga mudah aje,mereka naikkan harga makanan. Yang tanggung semua kenaikan adalah pen ...

pengguna try masak sendiri...masak pun healthy food kukus dan panggang...hopefully obesiti di malaysia menurun in 2025.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:43 PM | Show all posts
plywood replied at 22-6-2022 12:47 PM
aku cuba cari minyak masak paket subsidi tapi tak pernah dapat... aku cuma pernah tengok orang ramai ...

ada aku ada jumpa minyak paket tu bila singgah AEON atau kedai runcit berdekatan tapi tak selalu ada.
so bila ada je aku mmg beli 2-3 paket (maximum setiap orang boleh beli 3 paket)
lantak lah orang nak kata minyak tu tak berkualiti ke... untuk B40 ke.. yang penting murah dan mmg dijual untuk umum.. so aku beli lah
dari segi  kualiti aku tengok sama je ngan minyak masak botol.. takde la rasa makanan jadi pelik ke ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita rebus2 je.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ini yg malaun umno dan walaun pas mahu

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:25 PM | Show all posts
Bermula dengan ayam telur dan minyak masak.  Tak hairan kalau yang lain bakal menyusul kelak macam di kebanyakan negara lain.  Siapa ada kebun kelapa untung ler bolehlah buat minyak kelapa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:39 PM | Show all posts
Macam ni dah tak dapat lah nak lulur minyak selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 22-6-2022 01:38 PM
pengguna try masak sendiri...masak pun healthy food kukus dan panggang...hopefully obesiti di mala ...

Pembetulan..nak cegah obesity mesti cut gula dan karbo..bukan pasal goreng guna minyak atau kukus2 je..kalau hari2 makan nasi kukus lauk sup ayam tambah nasik 2-3kali..pun sama jugak tetap akan obese
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:47 PM | Show all posts
mrsamz replied at 22-6-2022 02:42 PM
Pembetulan..nak cegah obesity mesti cut gula dan karbo..bukan pasal goreng guna minyak atau kukus2 ...

oh ye mengurangkan kolestrol dalam darah la yg betulnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tau lepas ni orang malaysia kurus2 body lawa dan menduduki tangga terakhir carta obesiti.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:52 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 22-6-2022 01:05 PM
Kena mulakan BMF mcm dulu....
Berebut² minyak masak turun harga.....dari rm25 turun ke rm17.....

tu bukan BMF. rege sawit jatuh sebab tu minyak murah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 03:06 PM | Show all posts
ya la sgt bantuan bersasar.. yg beli bersubsidi pun nanti amik kesempatan naikkan harga ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 22-6-2022 02:25 PM
Bermula dengan ayam telur dan minyak masak.  Tak hairan kalau yang lain bakal menyusul kelak macam d ...

Teringat dulu mak sedara memang buat sendiri minyak masak.....tapi masa tu kelapa sebijik 20sen....skrg nk buat sendiri minyak pun x berbaloi.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 22-6-2022 02:47 PM
oh ye mengurangkan kolestrol dalam darah la yg betulnya...

Yg sebenarnya kolestrol pun punca dari karbo terproses..minyak sawit ni bagus je tp kene pakai sekali menggoreng je ..yg jadi x bagus bila ulang2 pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza minyak masak paket dgn botol tu?..risau pulak aku sbb jauh beda sgt reganyer...mostly yg jual kuih dan makanan pakai minyak paket tu dan takleh elak utk beli jugak dari diorang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046797 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list