View: 702|Reply: 3
|
Tengah Berjalan Dengan Anak, Tiba-tiba Pipi Ditembusi Anak Panah 'Sesat'
[Copy link]
|
|
Wanita cedera selepas pipinya ditembusi anak panah dalam kejadian di bandar Xi’an, China.
Daily Star kelmarin melaporkan, pesakit yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan dirawat di sebuah hospital di Xi’an selepas anak panah sepanjang 71.1 sentimeter mengenai bahagian bawah mata kanannya.
Bagaimanapun, anak panah tersebut tertusuk amat kuat dan sukar untuk mencabutnya hingga petugas perubatan terpaksa memanggil pasukan bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/151803l88za65ncsin155d.jpg) Foto: The Sun
Mangsa juga dilaporkan tidak dapat menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) disebabkan saiz anak panah itu terlalu panjang.
Nasib wanita itu bagaimanapun agak baik apabila anggota bomba akhirnya berjaya mencabut keluar anak panah besiberkenaan dengan bantuan peralatan pemotong bolt tugas berat.
Beberapa rakaman menunjukkan seorang anggota bomba sedang memegang anak panah dengan kuat ketika rakan-rakan setugasnya memotong bahagian berbeza, menyebabkan wanita berkenaan berada dalam kesakitan.
Menurut media tempatan, mangsa sedang berjalan di sebuah kawasan awam apabila anak panah milik seorang lelaki yang berlatih memanah secara tidak sengaja mengenai mukanya.
Polis telah melancarkan siasatan bagi insiden tersebut.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan awam mana sesuai untuk berlatih memanah mudah mengundang bahaya pada orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
belajar memanah kat blkg rumah
angin kuat melayang ke luar |
|
|
|
|
|
|
| |
|