CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 2

[DUNIA] Sedang Menyelam Di Laut, Lelaki Ini Temui Pedang Berusia 900 Tahun

[Copy link]
Post time 23-6-2022 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Sedang Menyelam Di Laut, Lelaki Ini Temui Pedang Berusia 900 Tahun


Ketika sedang menyelam di kawasan pantai utara Israel, Shlomi Katzin telah menemui sebilah pedang yang diliputi cengkerang teritip terdampar di dasar laut.


Gambar oleh: Shlomi Kitzen
Pedang besi kuno yang mempunyai bilah sepanjang 1m (3,3 kaki) dan gagang sepanjang 30cm (12 inci) dikatakan berumur kira-kira 900 tahun.  Pedang ini dipercayai adalah milik tentera ketika era Perang Salib.

Kata Dr Nir Distelfeld, seorang pemeriksa dari Unit Pencegahan Rompakan di bawah Pihak Berkuasa Antik Israel, “Pedang ini, yang mana telah dipelihara dalam keadaan sempurna, adalah satu penemuan yang baik. Jelas sekali ia milik ksatria tentera salib.”


Gambar oleh: Jack Guez

Menerangkan tentang hal tersebut, Kobi Sharvit, pengarah Unit Arkeologi Laut Pihak Berkuasa Antik Israel, berkata “Adalah normal untuk menemukan pedang dalam keadaan buruk.  Tetapi yang ini dijumpai di bawah air – dan oleh kerana ia berada di bawah air, ia dipelihara dalam keadaan sangat baik.”

“Air di kawasan Pantai Carmel tetap pada suhu yang sama sepanjang tahun, yang membantu memelihara besi di pedang ini. Kerana besi teroksidasi, cengkerang dan organisma laut lain menempel padanya.”

“Ini pertama kalinya kami menjumpai pedang cantik seperti ini.”

Artifak itu ditemui pada 16 Oktober 2021 di dasar laut Pantai Carmel, Israel.  Kemudian, ia diserahkan oleh Katzin kepada Unit Pencegahan Rompakan di bawah Pihak Berkuasa Barang Antik Israel.

Katzin bersetuju untuk menyerahkan pedang itu kepada unit tersebut, tetapi dengan satu permintaan. Dia ingin bergambar terlebih dahulu dengan pedang kuno tersebut.


Gambar oleh: Nir Distelfeld / Pihak Berkuasa Barang Antik Israel


Pedang tersebut kini diserahkan kepada Jabatan Perbendeharaan Israel. Menurut pegawai di unit tersebut, pedang itu akan dibersihkan dan dikaji sebelum dipamerkan untuk tontonan umum.

Sumber:https://iamlejen.com/sedang-meny ... tahun/#.YrRXobJBxhE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 09:12 AM | Show all posts
wow..pedang knight templar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:04 PM | Show all posts
confirm knight templar punya ke tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057092 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list