CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 0

Tze Liang-Yiwei perbaiki pencapaian

[Copy link]
Post time 27-6-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode

YIWEI (kanan) dan Tze Liang ketika beraksi dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki di Budapest. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31 Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memperbaiki pencapaian di Kejohanan Dunia 2022, selepas menduduki tempat ke-11 pada final 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Budapest, Hungary malam tadi.

Pada saingan di Arena Duna itu, Tze Liang-Yiwei tampil dengan terjunan konsisten, namun sekadar mengumpul 337.83 mata di kedudukan kedua terakhir, demikian menurut laman web rasmi Fina.

Pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 Wang Zongyuan-Cao Yuan dari China, mengungguli aksi tersebut dengan kutipan 459.18 mata sekali gus meraih emas.

Gandingan Great Britain Jack Laugher-Anthony Harding membawa pulang perak, selepas mengumpulkan 451.71 mata, manakala kutipan 406.44 mata membolehkan Lars Rudiger-Timo Barthel dari Jerman, merangkul gangsa.

Sebagai rekod, pada Kejohanan Dunia 2019 di Korea Selatan Tze Liang-Yiwei berada di kedudukan terakhir, daripada keseluruhan 12 pasangan.

Dalam pada itu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bermula baik apabila menamatkan saingan pusingan kelayakan 10 meter (m) platform wanita, untuk kelompok empat penerjun teratas.

Dalam lima terjunannya, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 332.10 mata untuk berada di kedudukan keempat, daripada keseluruhan 33 penerjun sekali gus layak ke separuh akhir yang berlangsung esok.

Juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 16 tahun Chen Yuxi, dari China mengungguli pusingan itu selepas meraih 413.95 mata, sementara rakan senegara berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo Quan Hongchan, di tempat kedua mengutip 410.85 mata.

Ingrid Oliveira dari Brazil ketiga selepas mengumpul 340.70 mata.

Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo, merupakan atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... perbaiki-pencapaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list