CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 0

Sivasangari kemalangan, impian ke Birmingham musnah

[Copy link]
Post time 27-6-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Sivasangari (kanan) terbabit dalam kemalangan sekali gus tidak boleh beraksi di Sukan Komanwel.

KUALA LUMPUR: Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan kereta, pada awal pagi Ahad.

Perkara itu disahkan Pengarah Persatuan Raket Squasy Malaysia (SRAM) Mejar (B) S. Maniam yang memaklumkan Sivasangari, pembawa Jalur Gemilang ke Komanwel kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

"Sivasangari cedera di kepala dan badan, saya nak ke sana (hospital) melawat dia, apa yang kita (SRAM) tahu sekarang Siva tidak dapat bermain untuk Komanwel. Saya sangat sedih dan kecewa perkara ini boleh berlaku.

"Petang ini, saya akan berbincang dengan para jurulatih mengenai siapa yang bakal menggantikan Sivasangari, kami mengadakan perbincangan awal pagi tadi, petang ini kita akan tengok beberapa persembahan di gelanggang kemudian kami akan berbincang untuk mengadakan beberapa perubahan", katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan bahawa seorang wanita cedera di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada pukul 3.46 pagi.

Komander Operasi JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Pegawai Bomba Kanan II Rosman Ab Rahman berkata pihaknya menerima laporan awal melibatkan kereta Proton Saga BLM terbakar 90 peratus selepas melanggar sebuah lori muatan satu tan sebelum terbabas dan terbakar.

"Api berjaya dipadam pihak bomba dan terdapat tiga mangsa terlibat, hanya seorang mangsa mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya menaiki ambulans," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa lain dalam kemalangan terbabit ialah seorang lelaki berumur lingkungan 20 tahun yang dipercayai pemandu Proton Saga itu manakala pemandu lori lelaki berusia lingkungan 40 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sivasangari, yang merupakan pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin adalah antara harapan pingat emas buat Malaysia. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... e-birmingham-musnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044986 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list