CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 717|Reply: 0

TFC, NSFC seri tanpa jaringan

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

PENYERANG TFC, Kpah Sherman (kiri) cuba melepasi pertahanan NSFC, Ahmad Khuzaimi Piee pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini. FOTO TFC

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.

Terdahulu perlawanan berlangsung pada 9 malam, terpaksa dihentikan pengadil, Mohamad Zamzaidi Katimin ketika aksi memasuki minit ke-14 berikutan hujan lebat disusuli kilat sebelum disambung semula sejam kemudian selepas hujan reda.

Dua penyerang import TFC, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche terus longlai dan gagal memecah kubu skuad Hobin Jang Hobin walaupun mendominasi permainan.

Hanya pada minit ke-31, percubaan pertama dimiliki skuad kendalian Nafuzi Zain itu menerusi pemain pertahanan, Azam Azmi Murad, namun rembatan deras pemain skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu ditangkap kemas penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Lima minit berselang, Sherman mendapat peluang terbaik untuk memecah kebuntuan gol, tetapi percubaan pemain kelahiran Liberia itu sedikit tersasar.

Seminit sebelum babak pertama ditamatkan, Tchetche yang diberi tanggungjawab sebagai kapten gagal merembat bola menerjah jaring.

Pada minit ke-82, tuan rumah mendapat sepakan percuma berdekatan kotak penalti yang diambil pemain gantian, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle, namun percubaan pemain itu melambung tinggi.

TFC sepatutnya ceria di laman sendiri, namun rembatan padu Manuel Ott dari luar kotak penalti pada minit ke-88 sekadar menggegar palang gol lawan dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... seri-tanpa-jaringan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.252180 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list