View: 434|Reply: 0
|
[Kelantan]
Seleweng jual minyak masak dalam talian
[Copy link]
|
|
ANNUAR beramah mesra dengan salah seorang peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, di sini, hari ini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Kota Bharu: Kegiatan seleweng jualan minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi yang dikhaskan untuk pengguna domestik dikesan dijual melalui platform dagang dalam talian yang turut menyumbang kepada masalah bekalan minyak di pasaran.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan berkenaan bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah menjadi antara faktor kesukaran untuk mendapat bahan bersubsidi tersebut di pasaran.
"Pihak kami sedang meneliti isu terbabit bagi menyemak secara terperinci bagaimana boleh berlaku perniagaan dagang dalam talian membabitkan barangan kawalan terbabit.
"Jualan melalui platform dagang dalam talian nyata boleh mengganggu bekalan minyak masak di pasaran sekali gus menimbulkan pelbagai kesukaran bukan sahaja dalam kalangan pengguna tetapi juga peruncit sendiri.
"Pengguna industri mahupun komersial juga perlu bertanggungjawab dengan tidak menggunakan minyak paket bersubsidi yang disediakan khusus hanya untuk golongan isi rumah pengguna domestik ," katanya selepas membuat tinjauan harga ayam di Pasar Siti Khadijah, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Annuar menjawab dakwaan segelintir masyarakat yang mempersoalkan kenaikan harga minyak walaupun negara ini adalah pengeluar minyak kelapa sawit.
"Harga minyak masak bukan ditentukan oleh sesebuah negara tetapi berdasarkan kepada nilai antarabangsa yang diperdagangkan. Jadi sepatutnya tidak timbul isu harga Malaysia atau harga minyak di negara lain.
"Masyarakat perlu peka tentang konsep ini supaya tidak lagi timbul isu membabitkan harga minyak masak semasa," katanya.
Menurutnya, minyak masak bersubsidi disediakan sebanyak 60,000 matrik tan sebulan untuk pengguna domestik dan ia sepatutnya mencukupi jika tidak disalah gunakan oleh golongan tertentu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -masak-dalam-talian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|