CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 0

[SEJARAH] PEKAN. BANDAR DIRAJA PAHANG.

[Copy link]
Post time 7-7-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
PEKAN.
BANDAR DIRAJA PAHANG.


Pekan terletak berhampiran Sungai Pahang,dan tidak jauh dari bandar Kuantan.Pekan pernah dikenal sebagai Pura dan menjadi pusat pemerintahan kerajaan Pahang.

Menurut cerita lisan,Pekan mendapat namanya daripada sejenis bunga 'pekan' yang banyak tumbuh di tebing anak Sungai Pahang yang berhampiran dengan makam Ziarat Raja Raden.Ada juga pendapat yang menyatakan Pekan mendapat nama daripada pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual-beli.


Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu Pahang dahulunya, pusat pemerintahan sebaik-baiknya terletak di sebelah kiri mudik atau kanan hilir sungai untuk mengekalkan pemerintahan.Ibu negeri Pahang pada zaman dahulu dikenali sebagai Pekan yang membawa erti 'bandar' dan mereka menyebut 'Pahang'.Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar, mereka menyebut Pekan Pahang.Malah sebutan pekan akan merujuk kepada sama ada bandar, mukim atau daerah Pekan.



Pekan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pekan Lama dan Pekan Baharu.Pekan Lama ialah kawasan kediaman sultan dan pembesar Pahang, sementara Pekan Baharu ialah kawasan kediaman rakyat jelata yang suatu masa dahulu ialah namanya Kampung Cina.Sebelum dipisahkan oleh Sungai Parit, Pekan Lama dan Pekan Baharu adalah satu kawasan.Sungai Parit sebenarnya berasal daripada sebatang parit yang digali oleh orang Siam semasa membuka tanah paya di belakang Padang Sesiur,kini dikenali Padang Polo.Walaubagaimanapun,tarikh penemuan Pekan tidak dapat ditentukan.

Mengikut sejarah Pahang, Pekan telah wujud sebelum tahun 1454.Pekan disebut sebagai bandar diraja setelah ibu negeri Pahang berpindah ke Kuala Lipis.Pekan terkenal pada masa pemerintahan Sultan Ahmad al-Muadzam Syah yang memerintah pada tahun 1882 hingga tahun 1914.




Pekan menjadi ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898.Apabila ibu negeri Pahang berpindah ke Kuala Lipis pada tahun 1898, Pekan terus berkembang walaupon kadar perkembangan tidak semaju bandar-bandar lain di Pahang.Pekan terkenal sebagai bandar yang aman dan menampakkan ciri-ciri bandar diraja kerana terdapat bangunan istana.


Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud yang memerintah dari tahun 1914 hingga tahun 1917, sebuah istana yang dinamakan Istana Seri Terentang telah dibina.Reka bentuknya yang amat istimewa menyebabkan istana ini menjadi begitu masyhur tetapi telah dirobohkan atas saranan penjajah British.Beberapa binaan yang menjadi kebanggaan bandar Pekan telah dibina pada masa pemerintahan Sultan Abdullah yang memerintah pada tahun 1917 hingga 1932.Antaranya termasuklah Istana Kuning, Masjid Abdullah, rumah persinggahan orang kenamaan dan rumah rehat.

Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar yang memerintah pada tahun 1932 hingga tahun 1974, Istana Abu Bakar dibina.Binaan lain yang dibina ialah Istana Permai, Istana Saadah dan Jambatan Sultan Abu Bakar.


Bandar Pekan semakin membangun apabila terbinanya Masjid Sultan Ahmad Syah dan beberapa bangunan baharu seperti balai polis, hospital, pejabat kerajaan, bank dan rumah kedai.Atas cadangan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Istana Kota Beram telah dijadikan Muzium Negeri Pahang.Tun Abdul Razak juga pernah mencadangkan supaya pusat bandar Pekan berpindah ke Peramu.Bagaimanapun, cadangan ini mendapat bantahan dan sebaliknya Peramu membangun sebagai pusat perindustrian.


Gambar Panorama Keindahan Pekan Bandar Diraja Pahang.
Sumber: Sejarah Pahang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059918 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list