CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 0

[SEJARAH] KISAH PENGHULU NAAM - PENGHULU HULU MUAR

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
KISAH PENGHULU NAAM - PENGHULU HULU MUAR


Dua orang panglima besar Negeri Sembilan telah ditugaskan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Mereka ialah Panglima Bandan dan Panglima Bandut.
Sebelum berangkat ke Pagarruyung, mereka berdua telah berangkat dahulu ke Johor untuk meminta perkenan Sultan Johor untuk mendapatkan seorang putera raja dari Pagarruyung. Sultan Johor telah memberikan mereka berdua restu baginda. Selepas mengadap Sultan Muning Syah III Pagarruyung, baginda memperkenankan untuk menghantar putera baginda yang bernama Raja Melewar ke Negeri Sembilan. Sebelum itu, baginda telah menghantar Raja Khatib ke Negeri Sembilan untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Raja Melewar kelak.

Apabila tiba di Negeri Sembilan, Raja Khatib telah mengaku sebagai raja yang sebenar yang diutus untuk menjadi Raja Negeri Sembilan. Semua percayakan dakwaan Raja Khatib itu sehinggakan Penghulu Naam iaitu Penghulu Hulu Muar telah mengahwinkan anaknya Warna Emas dengan Raja Khatib. Raja Khatib telah memerintah Negeri Sembilan sementara waktu sebagai raja yang menyamar.

Tidak lama selepas pemergian Raja Khatib ke Negeri Sembilan, Sultan Pagarruyung telah menyiapkan rombongan Sultan Melewar dengan membekalkan 40 orang ahli senjata untuk menjadi pengiring Raja Melewar. Sebelum berangkat menyeberangi Selat Melaka, Raja Melewar terlebih dahulu singgah di Siak iaitu sebuah kawasan taklukan Pagarruyung. Di Siak, Raja Siak telah memberikan Raja Melewar 40 orang lagi ahli senjata. Dari Siak, Raja Melewar telah datang ke Johor terlebih dahulu untuk meminta restu Sultan Johor dan baginda telah mengurniakan cap mohor kepada Raja Melewar yang menandakan bahawa anak Raja Pagarruyung itu mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir Negeri Sembilan.





Baginda kemudiannya menuju ke Negeri Sembilan dan setibanya di Penajis Rembau, baginda telah ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Negeri Sembilan yang sah. Apabila baginda tahu bahawa Raja Khatib telah belot, baginda telah bertindak menyerang Seri Menanti namun kalah kerana Raja Khatib telah mendapat bantuan mentuanya - Penghulu Naam. Kekalahan ini tidak lama kerana, Raja Melewar telah menyiapkan angkatan tenteranya sekali lagi untuk melanggar Seri Menanti. Usahanya kali ini telah membuahkan hasil dimana Raja Khatib telah mengalami kekalahan. Baginda kemudiannya terus bersemayam di Seri Menanti dan menamakan kawasan tersebut sebagai Tanah Mengandung iaitu satu kawasan yang ditadbir sendiri oleh baginda.

Kemudiannya, 9 buah luak telah digabungkan untuk membentuk Negeri Sembilan. Sembilan buah luak itu ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat dan Pasir Besar dan Ulu Pahang ( Kenaboi ). Luak ini kemudiannya telah terpecah dimana Belanda telah mengambil Naning, Segamat telah menjadi wilayah Johor, Ulu Pahang telah menjadi milik Pahang dan Kelang telah diambil oleh Bugis. Bugis kemudiannya membentuk kerajaan di Selangor.

Untuk mengalahkan Raja Khatib, Raja Melewar telah menyerang Penghulu Naam terlebih dahulu. Ini kerana Penghulu Naam lah yang banyak memberi bantuan kepada Raja Khatib. Apabila ditangkap, Penghulu Naam telah ditanya samada mahu setia dengan Raja Melewar atau Raja Khatib?, Jawab Penghulu Naam dia masih setia dengan Raja Khatib. Apabila dipancung, sekali lagi Penghulu Naam ditanya adakah dia setia kepada Raja Melewar, dan secara tiba-tiba kepalanya yang putus itu menggeleng-geleng.

Mayat dia kemudian di tanam dan keesokan harinya dia telah hidup kembali. Penghulu Naam kemudiannya dipancung sekali lagi oleh Raja Melewar dan kepalanya telah ditanam di Bukit Tempurung ( Tengkorak ) manakala tubuhnya di kebumikan di Bukit Tabuh ( tubuh ). Menurut kisah orang tua-tua zaman dahulu, kadang-kala terdengar juga suara Penghulu Naam yang memanggil tubuhnya yang terputus itu selama tiga malam berturut-turut.

Selepas memancung Penghulu Naam maka Raja Melewar telah bertindak menyerang Raja Khatib dan tanpa sokongan mentuanya, Raja Khatib telah kalah dan melarikan diri. Raja Melewar pula telah mengahwini anak Penghulu Naam yang bernama Che Seni


Kredit Posting Oleh  Seri Cendekiawan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064603 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list