CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1717|Reply: 1

[SEJARAH] Perlombongan Bijih Besi Di Tanah Melayu.

[Copy link]
Post time 9-7-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode
BUKIT BESI.
Sejarah Perlombongan Bijih Besi Di Tanah Melayu.

Kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Tanah Melayu Semenanjung antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu.Bukit Besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri.Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi.Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu.
Hasil eksport bijih besi merupakan satu per tiga daripada jumlah hasil negeri Terengganu.Pada tahun 1962, hasil daripada eksport bijih besi ialah RM 11 854 190.73 .Sementara pendapatan hasil keseluruhan negeri tidak termasuk cukai bijih besi pada tahun 1963 ialah RM 16 093 525.40 .Dari tahun 1957 hingga tahun 1961, bijih besi merupakan hasil negara yang keempat selepas kayu balak, bijih timah dan getah.Bijih besi juga merupakan penyumbang kepada perkembangan perusahaan besi dan keluli Jepun iaitu lebih separuh import besi Jepun adalah dari Bukit Besi.

Perusahaan perlombongan bijih besi membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat di Dungun.Pada tahun 1930, jalan kereta api dibina di Bukit Besi untuk memudahkan pengangkutan bijih besi.Penduduk Dungun juga telah bertambah pada tahun 1957 iaitu seramai 12.5 ribu orang berbanding 4.3 ribu orang pada tahun 1947.Dari tahun 1952 hingga tahun 1955, pelabuhan Dungun menjadi pelabuhan yang ketiga penting dari segi jumlah berat bahan muatan yang dipunggah, selepas pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kelang.

Penemuan bijih besi bermula apabila beberapa orang Melayu tempatan yang mencari rotan di kawasan ini telah menemui ketul-ketul batu yang berat seperti besi.Pada tahun 1916, kuhara, seorang ahli kaji bumi Jepun, tiba di Chemuak, Ulu Dungun untuk menjalankan kajian tanah dan didapati mengandungi bijih besi.Dua buah syarikat Jepun, Syarikat Kuhara Mining Ltd. (Nippon Mining Company Ltd.) dan Syarikat Ishihara Sangyo Koshi Ltd. telah menjalankan usaha mencari gali di kawasan ini.



Kawasan Chemuak ialah kawasan konsesi yang diberikan oleh Sultan Zainal Abidin III kepada Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.Tengku Abu Bakar memberikan konsesi ini kepada Wong Sin untuk diusahakan bagi melombong bijih timah yang diperoleh.Dengan penemuan Kuhara, Wong Sin telah menjualkan hak melombong kepada Nippon Mining Company dengan harga sebanyak RM50 000.Pada 13 Januari 1929, kerajaan Terengganu mengeluarkan lesen pajakan kepada Syarikat Nippon Mining Company untuk memajukan tanah di Bukit Besi seluas 1080 ekar dengan jangka pajakan selama 50 tahun.Usaha-usaha perlombongan dilakukan dengan membina kemudahan asas untuk para pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Jepun dan Cina.Peralatan perlombongan dibawa dari Dungun melalui Sungai Dungun ke Bukit Besi.Syarikat Nippon Mining Company bersetuju mengeksport bijih besi ke kilang pelebur Syarikat Yahata Smelting Works di Jepun sebanyak 250 000 tan setahun.



Lombong Bukit Besi ialah lombong terbuka, dan bahan letupan dan penyodok digunakan untuk mengeluarkan bijih besi.Bijih besi bercampur batu yang telah dimuatkan ke dalam gerabak ditarik dengan enjin diesel ke loji pembersihan.Bijih besi digredkan dan dimuatkan ke dalam gerabak-gerabak kereta api dan dibawa ke tempat simpanan di Sura.Kerja-kerja mengeksport hanya dijalankan dari bulan Februari hingga bulan Oktober.Hingga tahun 1939, pengeluaran bijih besi telah meningkat kepada 985 850 tan.

Selepas Perang Dunia Kedua, hak milik perlombongan Jepun telah diambil-alih oleh pihak penjajah British.Pada tahun 1948, British telah menjualkan hak milik perlombongan di Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad.Setelah penukaran hak milik, perlombongan di Bukit Besi hanya dilakukan selepas tahun 1950 kerana tiada permintaan besi daripada Jepun.Pertukaran hak milik juga membawa kepada penggunaan jentera moden yang lebih saintifik.Pada tahun 1962, lombong tersebut mengeluarkan sebanyak 2974 juta tan berbanding 985 850 tan semasa diusahakan oleh Syarikat Jepun.

Menjelang akhir tahun 1960-an, pengeluaran bijih besi merosot.Pada 1 Oktober 1970, lombong ditutup.Kemerosotan pengeluaran ini disebabkan bijih besi yang kian berkurangan, akibat kerja-kerja melombong yang sistematik dan penggunaan jentera dan alat melombong yang moden.
*Gambar Suatu Ketika Dahulu Aktiviti Perlombongan Bijih Besi Di Bukit Besi, Dungun, Terengganu Dan Kini Kawasan Tapak Bekas Perlombongan Telah dijadikan Muzium Untuk Tatapan Orang Awam.
Sumber: Sejarah Negeri Terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 04:38 PM | Show all posts
Edited by encikWawad at 14-7-2022 10:37 AM

bukit besi ganu. tasik dia yang cantik ,dan ada satu air terjun yang sokmo ada orang mati situ. esp student uitm
tq tinot bagi extra tacang.

nak tambah la : bukit besi now dah jadi muzium
dan kesan peninggalan dari perlombongan masih ada.
termasuk rumah basuh biji besi tu . besar sangat.
dan ada satu buku iols pernah baca - pasal history bukit besi ni : semi fiction
Memori Bukit Besi - Awang Abdullah *DBP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.423712 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list