CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 1

[SEJARAH] ASKAR MELAYU CEYLON.

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:27 PM | Show all posts |Read mode
ASKAR MELAYU CEYLON.


Pasukan askar Melayu yang ditubuhkan di Ceylon oleh British pada tahun 1798 terkenal dengan nama ' Royal Malay Regiment '.Sebenarnya, beberapa kompeni askar Melayu telah pun berkhidmat di bawah kerajaan Belanda yang memerintah Ceylon antara tahun 1656 hingga tahun 1796.Raja-raja Sinhala yang memerintah wilayah Candy juga telah menubuhkan tiga kompeni askar Melayu sejak pertengahan abad ke-18 sehingga kerajaan itu dirampas oleh kuasa British pada tahun 1815.Kebanyakan mereka orang Islam, berbahasa Melayu dan berasal dari kampung yang terletak di luar Betawi.Mereka diketuai oleh golongan raja-raja Melayu dan Nusantara yang dibuang ke sana.

Frederick North yang memerintah pada tahun 1798 hingga 1805 adalah seorang gabenor pertama British di Ceylon dan dianggap sebagai ' bapa ' kepada askar Melayu Ceylon yang pada mulanya terdiri daripada 10 kompeni berjumlah lebih kurang 1000 orang.North meningkatkan kadar upah dan kemudahan lain serta kedaulatannya kepada askar Melayu, Setaraf dengan rejimen di bawah naungan British di India, khususnya di Madras.Pada 25 April 1801, buat pertama kali askar Melayu memakai scarlet iaitu pakaian seragam rasmi dan juga mendapat taraf kedaulatan daripada Ratu Britain.


Anak Melayu dilantik ke jawatan kapten iaitu subedar dan leftenan adalah jemidar di samping pegawai British untuk mengetuai kompeni masing-masing.Walaupon berpusat di Colombo, kompeni Melayu dihantar juga ke pekan sekitar Ceylon untuk mengawal keselamatan dalam negeri.Mereka diberi segala kemudahan seperti rumah, sekolah tentera dan masjid yang dibina di pekan masing-masing.

Pada tahun 1800, askar Melayu Ceylon berperang dengan cemerlang apabila mereka dihantar ke Panjalam Courch di India Selatan untuk menghancurkan pemberontakan kaum Polygar.Mereka juga terlibat dalam peperangan di Candy pada tahun 1803 dan Pemberontakan Uva pada tahun 1818.Beberapa kompeni askar Melayu Ceylon ditempatkan juga di Hong Kong pada tahun 1848 dan Labuan pada tahun 1867.

Pegawai British dihantar ke Tanah Melayu dan Nusantara untuk menggalakkan orang Melayu merantau ke Ceylon.Sebuah depot rekrut didirikan di Pulau Pinang untuk mendaftar orang yang bersedia berkhidmat di Ceylon.Sultan Kedah dilaporkan telah mengirim sejumlah rakyatnya memasuki askar Melayu Ceylon pada masa itu.



Sebuah institusi yang dikenal sebagai Boys Company diperkenalkan oleh Gabenor North untuk melatih anak-anak Melayu memasuki perkhidmatan tentera.Sistem Invalid Company pula mengendalikan mereka yang tidak dapat meneruskan perkhidmatan tentera sama ada cedera atau tidak berupaya.Mereka bekerja di kilang garam dan ditempatkan di Hambantota, yang terletak di selatan Ceylon.




Pada tahun 1820-an, askar bangsa Afrika dan India Selatan digabungkan dengan batalion yang terdiri daripada majoriti askar Melayu, dan dimulai tahun 1827, nama pasukan askar Melayu ditukar kepada Ceylon Rifle Regiment ( CCR ).Sejak tahun 1840-an, pentadbiran British mengalami berbagai-bagai kerumitan dalam usahanya mengambil orang Melayu menganggotai CRR.Pembukaan ladang kopi dan getah oleh pemodal Eropah memberi peluang pekerjaan kepada orang Melayu yang dahulunya hanya bergantung pada perkhidmatan tentera.Sejak tahun 1850-an, jumlah rakyat asing berkurangan sehingga sukar untuk mencari tenaga baru menyertai tentera.

Dengan wujudnya suasana aman di Ceylon pada akhir abad ke-19, pihak pentadbir British tidak memerlukan lagi pasukan keselamatan.Justeru itu British membubarkan CRR pada tahun 1873.Kebanyakan bekas askar Melayu ditawarkan berkhidmat di pejabat polis, bomba dan penjara.
Pada umumnya, CRR memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tempatan sehingga sejarah masyarakat minoriti Melayu dapat disamakan dengan sejarah askar Melayu di pulau itu.

*Gambar Askar Melayu Ceylon Dan Raja Sinhala.


Sumber: Sejarah Dan Diaspora Melayu Di Seluruh Dunia.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 02:26 PM | Show all posts
Aku pernah terbaca petikan satu buku online tentang pihak belanda yang diberi kebenaran sultan kedah merekrut banduan penjara kedah untuk dijadikan anggota tentera belanda di sri lanka. Beberapa tahun kemudian aku cuba cari buku itu semula untuk dijadikan rujukan bagi membuka satu topik di forum ini yang aku nak beri tajuk sebagai "Dirty Dozens dari Kedah dalam tentera Belanda Ceylon". Malangnya aku masih tak jumpa semula itu buku. Wakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.543893 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list