View: 365|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Seleweng minyak masak bersubdisi, campur dengan minyak sembahyang
[Copy link]
|
|
Butterworth: Minyak masak bersubsidi dibungkus semula dengan campuran minyak sembahyang, sebelum dijual kepada pengguna industri.
Kegiatan dipercayai dilakukan sindiket yang menyeleweng barang kawalan di daerah ini sejak beberapa bulan lalu bagi mengaut keuntungan berlebihan.
Aktiviti tumpas susulan serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Seri Murni, Sungai Dua di sini, hari ini.
Seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemborong turut ditahan dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu.
Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan berkata, sebelum serbuan, pihaknya melakukan risikan selama lima hari selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti terbabit.

PEGAWAI KPDNHEP memeriksa minyak masak bersubsidi yang dipercayai diseleweng dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth hari ini. FOTO Danial Saad.
"Ketika kediaman diserbu, lelaki itu dilihat sedang memotong plastik berisi minyak masak bersubsidi di atas lori yang diletakkan di belakang kediaman.
"Minyak itu kemudian dimasukkan ke dalam tong dipercayai bagi dibotolkan untuk penggunaan industri, malah ada minyak masak bersubsidi yang diisi separuh dengan minyak sembahyang yang sememangnya bukan barang kawalan.
"Minyak kemudian dijual sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram (kg), yang mana dia kaut keuntungan berlipat kali ganda," katanya pada sidang media selepas serbuan Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM), hari ini.
Mogan berkata, siasatan mendapati individu itu mempunyai lesen barang kawalan yang membenarkan dia mengambil minyak masak daripada pembungkus dan dihantar kepada pelanggan.
"Namun, individu ini telah menyalahgunakan lesen apabila mengambil barang kawalan dan menyeleweng bagi dijual kepada pengguna industri.
"Kita merampas 1,564 kg minyak masak bersubsidi yang berada atas lori dan yang disimpan di dalam rumah, serta turut menyita lori dengan keseluruhannya bernilai RM108,960," katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, pihaknya turut mengesyorkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan lesen barang kawalannya dibatalkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sembahyang-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|