CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lindsay Gasik pemburu durian dari AS

[Copy link]
Post time 15-7-2022 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Lindsay Gasik pemburu durian dari AS

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 15, 2022 @ 6:55pm  [email protected]




Lindsay Gasik pada pelancaran Pakej Pelancongan Durian di Georgetown. - Foto NSTP/Danial Saad




GEORGETOWN: Kali pertama menikmati durian di festival makanan vegetarian di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 2009, Lindsay Gasik, 33, menyifatkan bau raja buah itu sebagai aneh namun menarik perhatian.

Beberapa hari kemudian, dia berpeluang membeli durian sejuk beku di sebuah kedai berdekatan rumahnya dan terus obses terhadap buah itu sehingga sanggup mengembara menjejaki asal-usul durian dan kepelbagaian rasanya sejak berusia 21 tahun.

"Menerusi blog 'Year of the durian' saya mendokumentasikan rasa buah durian, menjejaki varieti yang kurang dikenali, menganjurkan lawatan durian dan mengetengahkan apa sahaja kisah berkaitan durian termasuk pekebun dan mereka yang berada dalam industri ini.

"Saya telah mengumpul profil rasa durian dari serata tempat dan Pulau Pinang menawarkan varieti durian yang unik dengan rasanya yang kaya," katanya ketika ditemui pada pelancaran Pakej Pelancongan Durian dirasmikan Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, Zainuddin Wahab di sini hari ini.

Lindsay yang mengembara ke serata Asia Tenggara antaranya Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Brunei berkata idea 'Year of the durian' merupakan misi menjejaki durian sepanjang tahun memandangkan musim buah itu berbeza-beza mengikut negara.

Menurutnya, blog itu turut berperanan sebagai pusat sehenti aktiviti membabitkan durian seperti pelancongan agro termasuk beroperasi sebagai kedai dalam talian yang menjual pelbagai varieti durian tempatan yang diasaskan sejak 2012.

"Kita boleh kekal berada dalam musim durian sepanjang tahun selama 365 hari jika kita pergi dari satu negara ke negara lain kerana musim durian dipengaruhi perubahan corak angin monsun mengikut lokasi sesebuah negara.

"Apa yang lebih istimewa saya bertemu dan berkahwin dengan suami saya, Richard Koivusalo, 35, dari Sweden disebabkan durian kira-kira dua tahun lalu," kata penulis buku Durian Tourist's Guide to Thailand dan Durian Tourist's Guide to Penang itu.

Sementara itu, Zainuddin berkata Pakej Pelancongan Durian yang dilancarkan itu menggabungkan elemen eko pelancongan, agro pelancongan dan pengembaraan lasak dengan tawaran diskaun 10 peratus bagi mempromosikan musim durian di negeri-negeri wilayah utara bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini.

"Sekurang-kurangnya 500 pakej disasarkan terjual sepanjang tempoh promosi berlangsung dengan jangkaan pulangan sebanyak RM100,000.

"Kita berharap promosi kempen Pakej Pelancongan Durian ini dapat kita perluaskan dengan pembabitan lebih banyak pengendali pelancongan bukan sahaja di negeri utara tetapi juga di seluruh negara," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.312022 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list