CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 9

[Tempatan] Anggota polis parah dilanggar penjenayah

[Copy link]
Post time 16-7-2022 07:51 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis parah di kepala selepas dirempuh pemandu pacuan empat roda berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kulim hari ini. FOTO IHSAN PDRM.


Kulim: Seorang anggota polis mengalami pendarahan dalam otak dan pecah tulang tengkorak selepas dilanggar pemandu pacuan empat roda yang enggan memberhentikan kenderaannya ketika dikejar di hadapan sebuah restoran berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, hari ini.


Mangsa, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, yang bertugas di Balai Polis Hi-Tech kini masih tidak sedarkan diri dan sedang bertarung nyawa di zon merah Hospital Kulim akibat pendarahan serius di kepala.


Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang mengejar Nissan Frontier dipandu seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata sebelum itu seorang lelaki yang juga saksi kejadian memberitahu dia ternampak dua motosikal URB sedang mengejar kenderaan pacuan empat roda yang datang dari Politeknik Kulim menuju ke Jalan Sungai Ular.


"Saksi terbabit mendakwa dia ketika itu sedang berhenti keretanya di persimpangan lampu isyarat dan melihat anggota URB mengejar serta meminta suspek memberhentikan kenderaan.


"Bagaimanapun, suspek secara tiba-tiba melanggar anggota polis terbabit sehingga mangsa terjatuh daripada motosikalnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohd Redzuan berkata, melihatkan kejadian itu saksi terbabit terus mengejar kenderaan suspek yang ketika itu menuju ke Pekan Kulim sebelum dia menghala ke Bukit Mertajam menggunakan laluan Machang Bubok.


"Siasatan mendapati suspek memandu kenderaannya secara berbahaya dan melulu sepanjang perjalanan sehingga melanggar beberapa buah kenderaan lain.


"Suspek kemudian memandu masuk ke Lebuhraya Sungai Dua dan membelok ke simpang Bagan Jermal, Seberang Prai sebelum dia menuju sehingga ke jalan mati di sebuah kawasan perumahan," katanya.


Menurutnya, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim selain turut mendapat bantuan daripada anggota IPD Seberang Prai Tengah (SPT).


"Pemeriksaan mendapati suspek yang ditahan itu berusia 45 tahun dan berasal dari Sungai Petani serta mempunyai tiga rekod jenayah.


"Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan pemeriksaan terhadap kenderaannya mendapati ia sudah diubahsuai dengan meletakkan tangki minyak di belakang," katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah.


"Bagi kesalahan mengubahsuai kenderaan, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Difahamkan, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu sudah sembilan tahun berkhidmat dalam pasukan polis.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar kesiannya!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah buat jenayah lari je lah x pyh nak langgar polis.  Polis tu x pakai helmet betul ke sampai tercampak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena gilis kepala gamaknya sebab polis takkan buka helmet masa tahan kenderaan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...selamatkanlah anggota polis tersebut dan  semoga pulih seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii jahat hanatnya kamu!
Semoga kena bantai la kat dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah ni stay area flat yg kena raid tu ke? Dah positive plak apa je otak tu reti pikir.. tak memasal org xbesalah yang kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 11:46 PM | Show all posts
suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim selain turut mendapat bantuan daripada anggota IPD Seberang Prai Tengah (SPT)

baca ayat ni turun sikit stress. Siap lah ko kat dalam telur tinggal kerandut ja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rata² suspek yg ditangkap semua ada rekod jenayah lampau.
Kalau penjara pun, esok lusa keluar balik buat jenayah lagi.

Yang penat, bergolok gadai nyawa nak menangkapnya... anggota polis.
Harap ada hukuman lebih keras.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071996 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list