CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Perlis] Pelancong Malaysia ke Thailand dilarang bawa pulang ganja

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong Malaysia ke Thailand dilarang bawa pulang ganja
| | 21 Julai 2022



Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini - Foto AFP


PADANG BESAR - Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang tersebut.


Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam bentuk produk seperti kek atau air yang mempunyai kandungan ganja yang rendah.


"Kita tidak mempunyai kuasa melarang mereka pergi melancong dan mengambil ganja di negara jiran, namun boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya mereka membawa pulang atau berada di bawah pengaruh bahan terlarang itu ketika masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand bukan hanya untuk melancong malah mengambil peluang mencuba ganja di sana.


"Secara peribadi saya nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak cuba mengambil ganja ketika berada di Thailand walaupun ia dibenarkan di sana kerana dadah boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan,” katanya.


Dalam pada itu, Surina berkata, beliau telah meminta agensi di sempadan agar meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan tiada individu yang membawa masuk dadah jenis ganja ke negara ini walaupun tiada kes dilaporkan sehingga hari ini. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... g-bawa-pulang-ganja
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.168034 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list