CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Kelantan] 'Cari duit' atas pokok

[Copy link]
Post time 22-7-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode
'Cari duit' atas pokok


ZULKEFLI memanjat pokok petai setinggi 30 meter ketika ditemui Kampung Chuchoh Puteri. FOTO Hazira Ahmad Zaidi


Kuala Krai: Seorang lelaki sanggup bergadai nyawa memetik petai di atas pokok dengan ketinggian lebih 30 meter demi mencari rezeki bagi menyara kehidupan.

Zulkefli Derahman, 47, berkata, meskipun tiga tahun berpengalaman mencari petai dan sering memanjat pokok tinggi namun dia sentiasa berhati-hati kerana menyedari tugasnya berisiko tinggi.

Katanya, mencari petai di dalam hutan bukan kerja mudah namun kerana ada permintaan, dia sanggup menggadai nyawa memanjat pokok petai demi mencari sesuap nasi.

"Pada awalnya, saya hanya ikut rakan dan bantu mereka cari petai, kemudian saya belajar panjat pokok petai dan pernah terjatuh tiga kali disebabkan mengalami ketegangan urat. Alhamdulillah, saya tidak cedera parah dan hanya sakit badan.

"Sehingga kini, saya kerap diminta orang kampung memanjat pokok untuk sekiranya ada petai yang boleh diambil. Kebiasaannya musim petai tidak menentu," katanya ketika ditemui di Kampung Chuchoh Puteri di sini, semalam.

Katanya, bagi memudahkannya mengait petai di dahan kecil, dia menggunakan galah untuk memutuskan tangkai petai pada pokok.

"Dalam sehari, saya mampu memetik sehingga 2,000 papan petai di sekitar Kampung Chuchoh Puteri dan upah diperolehi bergantung kepada harga pasaran yang dikongsi bersama pemilik pokok petai," katanya.

ZULKEFLI menunjukkan petai yang sudah dipetik. FOTO Hazira Ahmad Zaidi


Zulkefli berkata, jenis petai berbeza mengikut gred iaitu gred A biasanya berbentuk lurus dan isinya tebal, gred B lebih kurang dengan gred A namun isinya jarang-jarang manakala gred C bentuknya berpusing dan isinya kecil, malah harganya juga berbeza.

"Harga petai gred A mungkin mencecah di antara RM60 hingga RM70 bagi 100 papan petai mengikut harga pasaran," katanya.

Katanya, ulam-ulaman sudah sebati dengan masyarakat Melayu dan antaranya petai yang mempunyai banyak khasiat.

"Khasiat petai ini mungkin datang dari kulitnya yang pahit dan ada sesetengah orang makan bersama dengan kulit, malah ada juga yang membuang kulit," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-duit-atas-pokok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.177652 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list