CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bekas jaguh olahraga terima gelaran Datuk

[Copy link]
Post time 23-7-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Tun Ahmad Fuzi menyampaikan ucapan rasmi pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Ke-73, di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, hari ini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Bekas jaguh olahraga negara Peyadesa PLB Singha dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-73 Yang Di-Pertua Negeri (YDP) Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Dewan Sri Pinang, hari ini.

Peyadesa, 75, menyertai Jabatan Penjara pada 1970 dan diberi kemudahan dalam aspek latihan olahraga memandangkan beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang sukan dan pernah mewakili Johor dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 1969.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu buat julung kalinya mewakili negara dalam Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1971 di Kuala Lumpur dan kemudiannya menyertai Sukan Olimpik di Munich pada 1972 dengan berjaya mengatasi rekod kebangsaan menerusi acara 4x400 meter (m) dalam tempoh 3 minit 13 saat.


Beliau pernah memenangi pingat emas dalam acara 400m di Sukan SEAP di Singapura pada 1973, pingat gangsa dalam acara 400m, 4x200m di Sukan SEAP Bangkok pada 1975 dan pingat emas 4x400m di Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada 1977.

Beliau yang bersara dengan jawatan Sarjan Penjara di Penjara Pulau Pinang turut mewakili negeri ini dalam Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) dalam sukan olahraga dan ragbi sehingga 1982.

Sebelum itu, ahli perniagaan tersohor yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd Datuk Seri Yusuf Taiyoob mendahului senarai 1,380 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

Beliau menerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama dua lagi penerima DPPN iaitu Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil.

Seramai 21 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa.

Turut menerima DGPN ialah bekas pakar patologi di Hospital Pulau Pinang (HPP) Prof Madya Datuk Dr Bhupinder Singh, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Istiadat Penganugerahan kali ini menyaksikan jumlah penerima tertinggi dalam tempoh lima tahun bagi negeri Pulau Pinang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erima-gelaran-datuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 09:41 PM | Show all posts
tahniah dan jutaan terima kasih atas jasa2 anda.........takdirrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050209 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list