CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sempat hantar ubat darah tinggi kepada ibu sebelum nahas

[Copy link]
Post time 24-7-2022 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-7-2022 05:56 PM

Sempat hantar ubat darah tinggi kepada ibu sebelum nahas

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



JENAZAH lima sekeluarga disembahyangkan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini. FOTO Danial Saad




Butterworth: Allahyarham Mohd Rodhi Othman sepatutnya bertemu dengan ibunya hari ini, untuk menghantar bekalan ubat darah tinggi di rumah dekat Bagan Jermal, di sini.

Bagaimanapun, anak sulung daripada lapan beradik itu menghantar bekalan ubat lebih awal, sebelum Mariam Mat, 82, dikejutkan dengan panggilan yang memberitahu anaknya maut dalam kemalangan bersama menantu, cucu dan cicitnya.

Mariam berkata, dia bagaikan tidak percaya selepas dimaklumkan mengenai berita itu, apatah lagi anaknya langsung tidak memberitahu mahu ke Kelantan.

"Arwah kalau nak pergi mana-mana mesti telefon habaq (beritahu) saya, tapi dia tidak maklumkan pula nak pergi Kelantan.

"Tiba-tiba cucu saya (anak sulung Mohd Rodhi) telefon beritahu ayahnya terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah.

"Dalam kemalangan itu, anak saya, menantu, cucu dan suaminya serta cicit saya meninggal dunia. Berita ini amat mengejutkan," katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah lima sekeluarga berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, di sini, hari ini.

Mariam berkata, Mohd Rodhi yang juga bekas pensyarah di sebuah kolej ke rumahnya beberapa hari lalu untuk menghantar ubat darah tinggi.

"Saya tanyakan padanya kenapa hantar awal sangat sebab Ahad ni (hari ini) pun boleh mai (datang), tambahan pula ketika itu dia (Mohd Rodhi) tidak berapa sihat.

"Dia maklumkan takut ubat saya habis, jadi dia datang hantar awal sikit, namun tidak sangka dia pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan ketentuan ini," katanya.

Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga iaitu Mohd Rodhi, 64, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, Ahmad Khomaini Abu, 32 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6, terbabit kemalangan dengan Toyota Hilux.

Insiden berkenaan berlaku di Kilometer 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik dekat Perak.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu Toyota Hilux yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

Lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani selepas selesai menghantar ahli keluarga mereka di sebuah pusat pengajian pondok agama di Kota Bharu.


Disiarkan pada: Julai 24, 2022 @ 5:10pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052672 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list