CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Kelantan] Influenza, demam denggi Kelantan tambah katil

[Copy link]
Post time 28-7-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode

DR. Zaini Husin (kiri) mengiringi Dr. Izani Husin merasmikan Program Gotong-Royong Mega Cegah Denggi 1.0 Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Annur Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan hari ini./ FOTO : ROHANA ISMAIL



TUMPAT : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menambah bilangan katil sebanyak 10 peratus di semua hospital di negeri ini bagi menampung peningkatan kemasukkan pesakit akibat jangkitan influenza dan demam denggi.

Pengarahnya, Datuk Dr.Zaini Hussin berkata, pertambahan bilangan pesakit itu mula berlaku sejak awal bulan ini, bagaimanapun jangkitan itu masih lagi terkawal.

Menurutnya, jika peningkatan kes terus berlaku JKNK sedia untuk mengaktifkan semula Hospital Kuala Krai bagi menampung penambahan pesakit  bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

“Keadaan hospital itu (Kuala Krai) masih lagi elok. Untuk makluman sebelum hospital tersebut digunakan untuk menempatkan pesakit Covid-19 semasa penularan jangkitan itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam Program Gotong-Royong Mega Cegah Denggi 1.0 Peringkat Negeri Kelantan dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2020, di Padang Masjid An-Nur Kota Kubang Labu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin.

Dr. Zaini memberitahu, kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 382 kes (196.1 peratus) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 253 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak dua kematian telah direkodkan berbanding  tahun lalu tiada kes kematian.

“Dengan keadaan cuaca panas dan hujan yang berlaku sekarang ini, kita khuatir pembiakan nyamuk aedes cepat berlaku.

“Nasihat saya, sama-samalah menjaga kebersihan persekitaran dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes agar kes denggi turun,” ujarnya.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... antan-tambah-katil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.281321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list