CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 3

Saintis dakwa makan strawberi dapat bantu otak sihat

[Copy link]
Post time 30-7-2022 10:56 PM | Show all posts |Read mode

Strawberi dipercayai bertindak mengurangkan keradangan dalam otak. - Deposit Photos

Saintis dakwa makan strawberi dapat bantu otak sihat

CHICAGO – Sekumpulan saintis di Universiti Rush, negeri Illinois mendedahkan tabiat makan strawberi boleh membantu melindungi otak daripada penyakit Alzheimer (nyanyuk), lapor portal berita MailOnline semalam.

Pakar-pakar  kesihatan mendapati strawberi bertindak mengurangkan keradangan pada otak yang biasanya ditemui dalam kalangan pesakit Alzheimer.

Kumpulan penyelidik itu mendapati orang dewasa berumur lebih 65 tahun yang kerap makan strawberi mempunyai sedikit protein ‘tau’ di dalam otak mereka. Protein itu dalam jumlah berlebihan boleh membawa kepada penyakit Alzheimer

Strawberi adalah salah satu sumber utama pelangonidin yang mempunyai manfaat antiradang. Lain-lain makanan yang mempunyai fungsi sama adalah raspberi, kacang ginjal, plum dan lobak.

Bagaimanapun, saintis-saintis memberi amaran bahawa kajian itu berbentuk pemerhatian dan tidak dapat membuktikan sama ada strawberi sebenarnya yang melindungi daripada penyakit itu atau faktor lain.

“Kami mengesyaki sifat antiradang pelargonidin boleh mengurangkan keradangan saraf yang mungkin mengurangkan pengeluaran sitokin,” kata pakar neuropatologi yang mengetuai kertas kajian, Dr. Julie Schneider.

Sitokin ialah protein dihasilkan oleh sel manusia yang boleh mencetuskan tindak balas keradangan.

Keradangan pada  otak juga mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain termasuk kurang tidur, jangkitan dan tekanan yang melampau. Ini juga merupakan faktor risiko untuk mengaktifkan penyakit Alzheimer.

Ahli epidemiologi pemakanan, Dr. Puja Agarwal yang turut terlibat dalam penyelidikan itu berkata,  ia adalah perubahan mudah dan  boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam diet mereka. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... t-bantu-otak-sihat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 02:57 PM | Show all posts
I like strawberries but salu dpt yg masam, so jd x suka. but i like anything with strawberry flavour in it, like, strawberry ice cream, strawberry shake, strawberry preserves, strawberry pie, biscuits with strawberry filling, strawberry cake, etc, etc. so, does this count? is my brain protected?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:18 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 20-8-2022 02:57 PM
I like strawberries but salu dpt yg masam, so jd x suka. but i like anything with strawberry flavour ...

hehehe it doesnt count at all, instead adding on more ur sugar level.


btw my mak kata tenyeh strawberry kat gigi jadi putih, tips dari tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 03:02 PM | Show all posts
adila39 replied at 23-8-2022 11:18 AM
hehehe it doesnt count at all, instead adding on more ur sugar level.

ha? but sedapp! anything with strawberry is simply irresistable except for the fruit itself. bkn klu tenyeh kat gigi satgi gigi jd merah ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.196178 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list