CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 0

'Shah Firdaus boleh pergi jauh'

[Copy link]
Post time 4-8-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih kejayaan memenangi pingat gangsa dalam acara lelaki keirin Sukan Komanwel 2022 di Lee Valley Velo Park, London pada Sabtu, Sabtu lalu.

BIRMINGHAM: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, percaya peluang terbuka luas bagi Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk mara lebih jauh di pentas dunia selepas meraih pingat gangsa acara keirin dalam temasya Sukan Komanwel 2022, di sini.

Beasley menegaskan persembahan sebegitu lama diharapkan daripada Shah Firdaus, yang kembali pada '90 peratus terbaik' dalam acara itu di sini dan akan menjadi titik perubahan bagi pelumba kelahiran Johor itu untuk menyerlah dalam kejohanan atau temasya sukan akan datang.

"Shah Firdaus memang berbakat dan memerlukan persembahan seperti ini untuk menyakinkan diri. Saya percaya bahawa kita akan dapat melihat Shah Firdaus sebenar dan apa yang beliau mampu capai di velodrom seterusnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Shah Firdaus menjadi penyelamat kepada kem berbasikal trek negara selepas beliau menyumbang satu-satunya pingat daripada temasya itu manakala lima lagi pelumba pulang dengan tangan kosong.


Dalam pada itu, Beasley turut berbangga dengan persembahan dua pelumba lelaki - Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom - dan tiga pelumba wanita - Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri - di sini.

Walaupun bergelut untuk menyerlah pada temasya itu, beliau berkata semua pelumba muda tersebut begitu berbakat dan mengingatkan peminat sukan tanah air supaya lebih bersabar terhadap perkembangan mereka.

Beasley juga yakin bahawa mereka tidak jauh daripada membina sebuah pasukan muda berwajah baharu yang memerlukan masa untuk membangunkan fizikal dan mental pelumba.

"Ingatlah Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Mohd Rizal Tisin mengambil masa beberapa tahun sebelum mereka mula beraksi bersama pelumba terbaik dunia di pentas dunia...jadi tolong berikan mereka masa untuk matang," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan ... us-boleh-pergi-jauh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list