CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1562|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut yang bertanggungjawap mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North Borneo.

[Copy link]
Post time 8-8-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode



Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin Antanom dilahirkan di kawasan Masinpunon di sungai Salarom pada 1885 dan beliau berasal daripada keturunan suku Murut Tagol.

Ontoros merupakan seorang pemuda yg hidup di zmn persengketaan kaum, aktiviti headhunting berleluasa, perang antara kampung sangat rancak, dan setiap kampung bermusuhan dgn kampung lain.

Dia hidup di bawah ancaman dr musuh-musuh di sekitarnya. Dengan berlatarbelakangkan zaman penuh pergolakan dan peperangan, maka Ontoros Antanom dibesarkan untuk menjadi seorang "kalawon" atau pahlawan dengan pelbagai ilmu ghaib menurut mistik kaum Murut Tagol.

Pada zamannya, kaum Tagol di kampungnya bermusuhan dgn kaum Murut lain di perkampungan Murut sekitarnya, dan musuh terbesar mereka adalah dari kaum Murut dari Sungai Tolokoson.

Sejak muda, Ontoros sd terbiasa mengikuti peperangan melawan musuh mereka, dan kerana dia adalah pahlawan yg plg gagah maka dia diangkat sebagai pemimpin di kampungnya. Di bawah pimpinan Ontoros, berjaya menundukkan banyak perkampungan Murut yg memusuhi mereka sehingga kaum Tagol menjadi kaum yg plg digeruni di kalangan suku Murut. Kejayaan Ontoros membawa kaum Tagol menjadi kaum yg digeruni di kalangan suku Murut, telah menyebabkan musuh terbesar mereka, kaum Murut Tolokoson merasa terancam.


Kaum Tolokoson mengumpulkan pasukan headhunting yg besar lalu menyerang perkampungan Ontoros. Ketika mereka sampai, mereka mendapati perkampungan kaum Tagol kosong. Tiba2 Ontoros muncul mengepung pasukan Tolokoson dgn pasukan yg besar. Ontoros menawarkan "perdamaian" atau "mati".

Pemimpin kaum Murut dr Tolokoson akhirnya mengakui Ontoros sebagai pemimpin. Kejayaan Ontoros menyatukan Murut dr Sungai Tagol dan Tolokoson telah membawa kedamaian d tempat itu, Ontoros menamatkan persengketaan kampung dan activiti headhunting. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1910. Pada tahun ini juga setesen Rundum dibuka di Rundum oleh Company British untuk mengontrol kawasan pendalaman Sabah di bahagian selatan.

Setelah menyatukan suku-suku Murut di pendalaman, Ontoros mendirikan semacam kepemerintahan untuk kaum Murut pendalaman, dan kawasan kekuaasannya dipanggil "Negeri Murut". "Negeri Murut" merangkumi 60 kampung mulai dr Dalit di Utara, Sungai Tolokoson dan Rundum, sampai ke Sungai Selilir di Kalimantan, yg merupakan wilayah Belanda. Ontoros telah mendirikan kepimpinan untuk mentadbir "Negeri Murut".

Dia sebagai pemimpin tertinggi, di bawahnya ada orang kanan Ontoros, Ansukul dan Kalor sebagai yg kedua selepas Ontoros. Selain itu ada pemimpin lain yg menjadi pentadbir Negeri Murut, seperti Ingkun dr Selagit, Singadu dr Tolokoson, Mulang dari Talankoi, Antak dan sebagainya. Kemasukan British di Negeri Murut merupakan antara ancaman yang harus dihadapi Ontoros.

Faktor penentangan Ontoros adalah sejak Company British masuk di wilayahnya, banyak undang2 baru diperkenalkan seperti larangan membuka tanah baru tanpa kebenaran menurut Ordinan Ladang 1913; pelbagai cukai lain seperti. Cukai kepala satu dolar setiap orang, cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar, cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen, cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor; buruh kasar untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.

Faktor yg terpenting jg adalah larangan aktiviti headhunting. Ketika itu, kaum Kayan dr Kalimantan telah menyerang Kaum Murut, hingga banyak kematian di pihak Murut. Ontoros mengumpulkan bala tentera Murut yg cukup besar untuk menyerang balas kaum Kayan di Kalimantan, tapi serangan itu dihalang oleh undang-undang larangan aktiviti headhunting oleh pihak British maupun Belanda. Pasukan Murut dihalang dari memasuki wilayah Kalimantan, dendam kaum Murut tidak terbalas. Polis Iban pula mengambil kesempatan melakukan aktiviti headhunting menyerang kaum Murut. Maka ini menjadi antara sebab mengapa banyak polis Iban saat perang Rundum banyak yg dibunuh kaum Murut.


Seperti yg sd dibahas, faktor Utama penentangan kaum Murut adalah cukai kepala, Ordinan ladang 1913, buruh kasar dan larangan aktiviti headhunting. Maka, di bawah kepimpinan Ontoros, Ontoros berjanji akan membebaskan Negeri Murut dr penjajahan asing. Dalam menentang British, Ontoros telah melakukan perancangan selama dua tahun pertama iaitu dari 1913 hingga 1915, didahului dengan pembinaan kubu pertahanan kubu di Menining, hulu sungai Telokoson, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang.



Kubu di Selagit dibina sebagai kubu Utama atau ‘Silar Pinikit’ yang memiliki tujuh rumah di bawah tanah. Mendahului Ontoros dlm menentang British adalah Linggam dan Melayak yg melakukan penentangan pada tahun 1909, Babalayong pula melakukan penentangan pada tahun 1914 di Rundum, Tahang dari Sepulut pula menentang British seawal tahun 1894. Ontoros hendak meneruskan penentangan mereka.

Serangan pertama pada February 1915, stesen British di Rundum dibakar pasukan Ontoros. Bangunan kerajaan dibakar. Menurut catatan Babaneau bertarikh 27 February 1915, ketika itu di kawasan Rundum, tidak ada satupun perkampungan Murut yg mau berkerjasama dgn Babaneau memberikan informasi mengenai penyerang stesen Rundum.





Pasukan yg dipimpin oleh Pearson bergabung dgn pasukan Babaneau ketika itu terpaksa berhadapan dengan 600-700 pasukan Murut.



Peperangan sengit terjadi, pasukan British yg bersenjata api berjaya mengalahkan pasukan Murut, membunuh 12 orang dan mencederakan 20-30 pahlawan Murut. Dari informasi dr kaum Murut yg setia dgn British, Ontoros dan pengikutnya ada di kubu di Selangit dengan kira-kira 900 pasukan Murut yg datang dari Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Bunbury memimpin pasukan bersama tiga pegawai British yang lainnya, iaitu Babaneau, Pearson dan Tabateau. Pasukan British terdiri daripada 100 polis dan 300 porter (pengangkat barang). Kubu Selangit dikepung dan pertempuran terjadi selama 3 hari. Setelah 3 hari berperang, British mengirim orang kepada Ontoros untuk berunding. Ontoros dan dua orang kanannya keluar bertemu dengan Bunbury.

Ontoros ditangkap n dihukum bunuh. Pengikut Ontoros yg mengetahui pemimpin mereka sd dihukum mati tidak mau menyerah pada British, mereka terus mempertahanlan kubu Selangit. Seramai 400 orang Murut terbunuh dalam mempertahankan kubu Selangit. Selepas kekurangan bekalan, Bunbury membawa pasukannya berundur dr pengepungan. 300 orang Murut yg masih tersisa dibiarkan oleh Bunbury keluar dan berundur dari kubu. Ketika itu penentangan Murut berkurangan.



Pada April 1915, kaum Murut dari Mesopo membunuh 8 pekerja telegraf British, dan mengancam menyerang stesen British di Keningau. Pada September 1915, barulah kaum murut menyerah dan bersumpah setia Pada Company- Aki Rumantai 2013 ( copy


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084326 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list