View: 2873|Reply: 3
|
Apple Pay kini di Malaysia
[Copy link]
|
|
Pengguna iPhone dan Apple Watch kini boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan Apple Pay - Gambar hiasan
Apple Pay kini di Malaysia
PETALING JAYA – Visa hari ini mengumumkan kerjasama dengan Ambank, Maybank, dan Standard Chartered Bank untuk membawakan perkhidmatan Apple Pay kepada para pemegang kadnya di Malaysia.
Apple Pay merupakan kaedah yang selamat, tanpa sentuh dan mudah untuk membayar yang membantu pelanggan mengelak daripada menyerahkan kad pembayaran mereka kepada orang lain, menyentuh butang fizikal, atau bertukar-tukar wang tunai.
Pemegang kad Visa daripada bank-bank yang mengambil bahagian boleh membuat pembayaran tanpa sentuh hanya dengan memegang iPhone atau Apple Watch mereka berdekatan dengan terminal pembayaran.
Setiap pembelian Apple Pay adalah selamat kerana ia disahkan oleh Face ID, Touch ID, atau kod laluan peranti, di samping kod keselamatan dinamik satu kali penggunaan yang unik.
Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, penggunaan pembayaran digital telah berkembang pesat sepanjang dua tahun yang lepas, sekali gus mempercepat peralihan Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.
“Visa teruja untuk menyokong pengenalan Apple Pay di Malaysia, terutamanya memandangkan negara ini telah berada di landasan yang kukuh dari segi penerimaan dan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.
“Kami percaya bahawa Apple Pay dengan ciri keselamatan, privasi dan pengalaman tanpa PIN yang mudah akan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/09/apple-pay-kini-di-malaysia/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
applepay dgn samsung pay beza apa...samsung dah lama ada kan..apsal tak kecoh pun
|
|
|
|
|
|
|
|
benda baru je masuk pasaran sbb tu kecoh,padahal dlm peranti iphone dah lama ade alatnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DumbleJum at 16-10-2024 03:41 PM
Saya lebih suka menggunakan epal. Kerana epal mempunyai keselamatan yang lebih tinggi daripada android dan ketahanan juga optimum. Ia tidak akan pecah sehingga ia terlalu lapuk dengan sistem pengendalian IOS (jelas anda perlu memastikan tiada kesan fizikal daripada persekitaran atau daripada pengguna)Fnaf 1
|
|
|
|
|
|
|
| |
|