CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Harmoni 100 tahun terganggu

[Copy link]
Post time 15-8-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 15-8-2022 10:44 AM




Seremban: Ketika awal pembukaan Kampung Pasir, Rasah di sini, lebih 100 tahun dahulu hanya ada kira-kira 30 kediaman sahaja dengan penduduk hidup penuh rukun dan harmoni.

Bagaimanapun semakin zaman berubah, pembangunan rancak dilaksana dan jumlah penduduk turut bertambah yang membawa kepada pelbagai masalah setempat.
Antara yang merunsingkan penduduk ketika ini adalah sistem perparitan dan pembetungan tidak teratur yang dipercayai menyumbang kepada masalah banjir kilat.


Lebih memburukkan keadaan apabila ada rumah penduduk yang dipenuhi najis setiap kali banjir kilat berlaku.

Difahamkan, kawasan kampung itu yang dibuka pada 1920-an tidak dilengkapi sistem perparitan dan pembetungan sempurna, malah keadaan lebih parah apabila wujudnya rumah baharu yang dibangun di atas tanah lot.


Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kamarul Azman Yusof berkata, persempadanan semula atau pecah sempadan tanah yang dilaksana Pejabat Daerah dan Tanah Seremban pada 1995 memburukkan masalah itu.

"Ia menyebabkan banjir kilat kerap berlaku dan bertambah lagi selepas banjir besar pada 2020.


KAMARUL Azman menunjukkan masalah persempadanan yang berlaku antara penduduk dan pemilik tanah baharu di Kampung Pasir, Rasah, Seremban. FOTO AZRUL EDHAM


"Kami sudah banyak kali buat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun sehingga kini tiada tindakan membina sistem perparitan yang lebih sempurna," katanya ketika ditemui.

Kamarul Azman berkata, penduduk bimbang sekiranya masalah tidak diselesaikan akan menyebabkan kediaman mereka dilimpahi air najis yang didakwa daripada projek rumah baharu.

"Pada awal kampung ini dibuka, hanya terdapat kira-kira 30 rumah dan waktu itu kami tidak nampak masalah yang timbul seperti sekarang.
"Kini penduduk bertengkar dan menyalahkan satu sama lain atas apa yang berlaku," katanya.

Menyentuh mengenai persempadanan kampung, Kamarul Azman berkata, proses itu mengundang rungutan penduduk apabila ada rumah yang sudah lebih 20 tahun terpaksa dipecahkan kerana terletak di tapak milik individu lain.

Menurutnya, campur tangan pihak berkuasa ketika itu dapat mengelak pergaduhan antara penduduk.

Selain isu pembetungan, Kamarul Azman menyatakan kebimbangan terhadap hakisan tanah di Sungai Linggi yang berhampiran rumah penduduk.
"Jika tiada tindakan susulan oleh pihak berwajib dibimbangi ia akan menjadi lebih teruk. Saya mewakili penduduk berharap tindakan penyelesaian segera kerana kami sudah banyak kali mengadu," katanya.


KEADAAN hakisan sungai yang berlaku di Kampung Pasir, Rasah meresahkan penduduk. FOTO AZRUL EDHAM

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 100-tahun-terganggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.332656 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list