CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua tahun pelajar menunggu, sampai bila?

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek

Seremban: Sudah dua tahun siap dibina namun bangunan baharu Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah Port Dickson, di sini, masih tidak dapat digunakan untuk kemudahan pelajar.

Masalah itu didakwa berpunca Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) belum dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) hingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, berkata, perkara itu dalam perhatian kerajaan negeri dan tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).


"Bangunan baharu sekolah itu masih lagi di bawah KPM dan difahamkan pihak kontraktor pembinaan memohon lanjutan tempoh masa (EOT) daripada pihak Bahagian Pembangunan KPM.

"Kami juga sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan maklumat terkini. Saya difahamkan permohonan EOT berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat," katanya tadi.

Beliau berkata, selepas kelulusan EOT itu diperoleh, Bahagian Pembangunan KPM akan mengesyorkan kepada pihak Setiausaha Bahagian Pembangunan untuk pengeluaran CPC dan kemudian barulah bangunan itu boleh digunakan.

"Kita tunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak berkuasa berkaitan dan saya yakin ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat serta berharap bangunan itu dapat digunakan secepat mungkin," katanya.

Baru-baru ini, sekumpulan ibu bapa, penduduk kampung dan bekas pelajar SMA Chuah mendesak kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan supaya segera menyelesaikan masalah bangunan baharu yang belum boleh digunakan walaupun sudah dua tahun siap dibina.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan minggu lalu juga sudah memberikan penjelasan mengenai kedudukan bangunan terbabit selepas dibangkitkan oleh ADUN Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza.

Difahamkan, ketika ini guru dan pelajar sekolah terbabit terpaksa menggunakan bangunan lama yang daif dan usang serta tidak selesa selain bangunan kabin, bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Untuk rekod, SMA Chuah pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Rendah Chuah dan telah memulakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1959 di dalam kawasan Masjid Kampung Chuah.

Pada tahun 1977, bangunan baharu dibina namun 20 tahun kemudian bangunan sambungan didirikan berikutan penambahan bilangan pelajar sehingga kini, empat buah kabin telah digunakan sebagai bilik darjah.

Sekolah itu sudah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan pada tahun 2018 majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan dimulakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enunggu-sampai-bila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049251 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list