CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Adat Perpatih mungkin pupus

[Copy link]
Post time 17-8-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode

RAIS Yatim ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan 2022, di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar. FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: Usaha memperluas dan memperkasakan adat Perpatih dalam kalangan semua peringkat masyarakat di Negeri Sembilan perlu dilakukan pihak berwajib untuk memastikan adat itu tidak pupus.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, adat itu yang menjadi identiti budaya dan kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan kemungkinan boleh pupus dalam tempoh 10 tahun lagi jika tiada tindakan proaktif dilaksanakan.

Katanya, pendidikan mengenai adat itu perlu diperluaskan terutama kepada generasi muda.


"Usaha ini perlu diterajui kerajaan negeri dan kepemimpinan tertinggi institusi adat Perpatih kerana mereka mempunyai kaitan langsung dengan adat ini yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

"Apabila ada orang tidak lagi mengenal adat Perpatih, mereka akan mula mempersoalkan kedudukan adat ini sebab tidak nampak kaitan dengan jawatan yang dipegang.

"Justeru, adat ini yang mengandungi pelbagai nilai murni perlu diperluas dan diperkasakan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan 2022, di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, di sini hari ini.

Seminar selama sehari itu disertai 120 peserta membabitkan pembentangan lima kertas kerja oleh tokoh adat dan sejarah tempatan.

Mengulas lanjut, Rais berkata, pihaknya mendapati kefahaman masyarakat di Negeri Sembilan terhadap adat Perpatih sudah semakin pudar apabila ia tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Menurutnya, walaupun pelajar belajar sejarah di sekolah tetapi tiada cerita mengenai kebesaran, keindahan dan keunikan sistem adat Perpatih.

"Malah, terdapat pegawai kerajaan yang berkhidmat di Negeri Sembilan tidak cuba mengenal adat Perpatih menyebabkan kedudukan adat ini semakin jauh," katanya.

Beliau berpendapat, keindahan hidup beradat harus dipupuk semula di Negeri Sembilan sebagai satu sistem pentadbiran dan kehidupan yang baik.

"Memandangkan adat adalah kehidupan yang mengupayakan tamadun, semestinya pihak berkuasa dapat memainkan peranan menghidupkan amalan ini supaya ia tidak terus hilang ditelan zaman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... patih-mungkin-pupus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.199141 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list