CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4804|Reply: 19

'Alat muzik lama' didakwa punca serangan histeria

[Copy link]
Post time 19-8-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode
'Alat muzik lama' didakwa punca 25 pelajar sekolah diserang histeria

KEPALA BATAS: Seramai 25 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini diserang histeria dalam kejadian pada Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 11.40 pagi apabila seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas mendakwa ternampak lembaga hitam di bahagian siling kelasnya.

Kekacauan itu merebak ke kelas bersebelahan apabila beberapa pelajar lain turut menjerit dan meracau sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dihentikan.

Menurut salah seornag waris pelajar itu yang mahu dikenali sebagai Siti Sarah , dia mengetahui mengenai kejadian histeria selepas anak lelakinya memaklumkan mengenai insiden tersebut.

Katanya, ibu bapa diminta datang awal ke sekolah untuk membawa pulang anak mereka susulan kejadian tersebut.

“Ada anak beritahu ada kejadian histeria di sekolah semalam, ramai juga yang kena histeria itu, pihak sekolah beritahu ibu bapa supaya datang ambil anak pulang awal semalam dalam pukul 12.30 tengah hari.

“Terkejut juga bila dimaklumkan kejadian tersebut… ramai ibu bapa datang ambil anak semua, tak tahu apa puncanya berlaku histeria, tapi hari ini keadaan sudah seperti biasa,” kata Siti Sarah.

Peralatan muzik lama didakwa menjadi punca 25 pelajar sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang diserang histeria.

Seorang pekerja sekolah yang enggan dikenali pula berkata, difahamkan kejadian histeria berlaku berkemungkinan selepas pihak sekolah  membawa keluar beberapa peralatan muzik lama yang disimpan dari  salah sebuah bilik di sekolah tersebut.

“Memang berlaku kejadian histeria, tapi keadaan sudah kembali normal, dan sesi persekolahan pagi tadi dimulakan dengan bacaan Yasin serta azan sebelum pelajar meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI ke sekolah berkenaan hari ini mendapati suasana sudah kembali tenang  dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Dalam masa sama, Astro AWANI masih menunggu maklumat terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2022 06:40 PM | Show all posts

Seramai 25 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang diserang histeria dalam kejadian pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 06:40 PM | Show all posts

Peralatan muzik lama didakwa menjadi punca 25 pelajar sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang diserang histeria.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 06:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 06:41 PM | Show all posts
25 pelajar SMK Bertam Perdana diserang histeria

KEPALA BATAS – Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Perdana di sini semalam gempar apabila kira-kira 25 pelajar perempuan diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, seorang pelajar meracau dan menjerit selepas dikatakan ternampak lembaga hitam di bahagian siling kelasnya.

Suasana kemudian bertukar kecoh apabila pelajar kelas bersebelahan pula didapati menjerit sehingga sesi pengajaran terpaksa dihentikan.

MalaysiaGazette difahamkan, sejurus kejadian itu, pihak sekolah telah mengambil tindakan mengasingkan kira-kira 25 pelajar terlibat di surau sebelum seorang ustaz dipanggil untuk memulihkan keadaan.

Waris yang ingin dikenali sebagai Julia berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anaknya pulang awal berbanding jadual rutin.

“Rumah saya tak jauh dari sekolah, memang ada nampak budak berlari-lari ingatkan mereka sedang jalani latihan kawad namun situasi itu agak pelik apabila bacaan ayat-ayat suci al-Quran pula dimainkan secara kuat.

“Bagaimanapun, semua persoalan itu terjawab selepas anak saya pulang ke rumah pada pukul 12.30 tengah hari dan memaklumkan pelajar sekolah mereka diserang histeria.

“Memang terkejut dengar khabar dari anak saya yang memaklumkan ada antara individu diserang histeria itu menari tarian tradisional Melayu malah saya difahamkan ini merupakan kejadian kedua,” katanya hari ini.

Seorang lagi waris yang ingin dikenali sebagai Noraini mendakwa histeria itu tercetus dipercayai berlaku selepas pihak sekolah mengeluarkan beberapa alat musik dari kelas lama yang tidak digunakan.

“Saya tidak tahu punca sebenar tetapi berdasarkan dakwaan anak saya histeria itu tercetus selepas ada peralatan musik jenis gong dikeluarkan dan tidak disimpan semula di tempat asalnya.

“Malah, anak saya juga mendakwa sebelum ini insiden sama berlaku ketika pihak sekolah mengeluarkan alat musik jenis gamelan.

“Selain itu, kami dimaklumkan sesi persekolahan pagi tadi dimulakan dengan bacaan Yasin dan azan sebelum pelajar meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 06:42 PM | Show all posts

Kira-kira 25 pelajar SMK Bertam Perdana, Pulau Pinang diserang histeria yang dikatakan berpunca selepas pihak sekolah mengeluarkan peralatan musik jenis gong dari sebuah kelas yang telah lama tidak digunakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2022 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2022 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 10:30 PM | Show all posts
sekolah anak kawan aku....
dia kata patut laa dok x dok cikgu tepon suruh bawa anak balik...

anak dia kata depa ada wat pameran setem...
and sempena pameran ada role play zaman dlu2 kot...
depa syak gong tu punca....

BTW bukan 25 budak...tapi 45....
ambulance pun pakat standby, ada budak2 menjerit nak terjun bangunan...
ada yg amik pisau toreh tgn...mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mass hysteria

Budak perempuan lagi senang kena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:23 AM | Show all posts
mak saudara aku guru kat sekolah tu, katanya PPD nak datang melawat sekolah. so dieorang kemas la bilik musik tu, dia kata dia adala lap gong tu, tapi gong x berkilat macam lepas lap. masa histeria tu dia cuti sebab sakit badan katanya lepas kemas bilik musik tu. bukan dia sorang je yg sakit badan, ada 2 3 orang guru lagi yg kena macam tu...

tapi kata dia, lepas histeria tu ada lagi gangguan kat dapur kantin. pinggan mangkuk semua melayang
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:48 PM | Show all posts
card_reader replied at 22-8-2022 03:23 AM
mak saudara aku guru kat sekolah tu, katanya PPD nak datang melawat sekolah. so dieorang kemas la bi ...

baca wassap dalam taman, ada budak cakap nampak kaki budak kena tarik...
macam dalam ceta hantu tu...
tatau la jumpa ke tidak budak tu....
bahaya juga alat2 musik ni rupanya...
ada penunggu....

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:51 PM | Show all posts
apa la asal usul alat2 tu.. tuan dia x jaga kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:28 AM | Show all posts

i rasa baca msg last tu yg confirm blh dpt histeria. budak2 skrg memang tulis cam gitu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:35 AM | Show all posts
JiEunTak replied at 22-8-2022 04:48 PM
baca wassap dalam taman, ada budak cakap nampak kaki budak kena tarik...
macam dalam ceta hantu tu ...

orang2 dulu ni menyeru semangat terutamanya masa bersihkan alat2...  ada adab dan tertib bila nak bersihkan alat2 muzik lama ni...  disebabkan menda2 camni la buat aku stop join masa kat uni dulu...  seriau rasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2022 10:45 AM | Show all posts

Bukan Takat Twitter Jah

skippy replied at 23-8-2022 02:28 AM
i rasa baca msg last tu yg confirm blh dpt histeria. budak2 skrg memang tulis cam gitu ke :shakehe ...

tulisan dia hauk. dekat kertas pon kalah budak tadika punya tulisan. cemana tah boleh masuk mrsm kuantan



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 02:22 PM | Show all posts
A lot of the times, these "music instruments" have a soul that used them a lot. So when the person dies, their soul never leaves these musical instruments & hence the owner of the instrument or "souls" possess these instruments & unknown to the people, they bring bad luck, hysteria, mental illness & death.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:54 AM | Show all posts
Kalau alat musik yang related dengan gamelan biasa nya ade penunggu..normal tu..banyak kes benda tu berbunyi sendiri waktu malam kat mana mana sekolah..lau piano dengan gitar ke trumpet ke jarang pulak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 01:37 PM | Show all posts
kesiannya budak2 tu, akak dulu main Gong jugak, tapi tak perasan pulak kot ada yg pelik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.159589 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list