CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Terengganu] Kali pertama gajah ceroboh kebun

[Copy link]
Post time 20-8-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: "Ini kali pertama gajah menceroboh kebun selepas mula diusahakan arwah ayah saya sejak lebih 60 tahun lalu," kata Abdul Jalil Seman, 69, dari Felda Mengkawang di sini.

Menurutnya, dia menyedari kebun sawit dan getahnya di Kampung Lubuk Periuk di sini, diceroboh gajah liar pagi kelmarin ketika ke kebun untuk melakukan kerja tanam semula anak pokok getah.

Katanya, anak pokok getah yang belum ditanam itu dikumpul setempat namun dia bersyukur walaupun pokok berkenaan dipijak gajah bagaimanapun masih boleh diselamatkan.


"Sebanyak 27 anak pokok sawit musnah akibat kejadian itu yang mana kebun sawit dan getah kini dalam proses tanam semula sejak beberapa bulan lalu.

"Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku walaupun lebih 60 tahun tanah kebun ini diusahakan yang mana sebelumnya tanah ini ditanam dengan pokok buah-buahan sebelum beralih kepada tanaman getah dan kelapa sawit.

"Difahamkan, hanya seekor saja gajah liar yang berada di kawasan pinggir hutan yang bersempadan dengan kebun milik penduduk," katanya.



Abdul Jalil menunjukkan pokok kelapa sawit yang dirosakkan gajah liar. FOTO NAZDY HARUN

Menurutnya, dia mengusahakan kebun getah di tanah seluas 0.4 hektar itu, manakala kelapa sawit pula dengan keluasan 0.6 hektar.

Katanya, dalam kejadian pagi kelmarin hanya kebun miliknya diceroboh gajah terbabit dan dia khuatir haiwan terbabit yang masih berada di hutan berhampiran akan kembali menceroboh kebunnya.

"Ada 300 anak pokok getah yang belum ditanam namun sebahagiannya dipijak oleh gajah dan anak-anak pokok ini masih boleh diselamatkan dan ditanam.

"Melalui perbualan dengan penduduk setempat, dimaklumkan gajah berkenaan sebelum ini sudah merosakkan kebun sawit milik penduduk Kampung Belukar Bukit yang terletak berhampiran kampung ini beberapa bulan lalu," katanya.

Menurutnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah datang ke kebunnya untuk memantau keadaan dan dia berharap gajah terbabit tidak kembali menceroboh kebunnya kerana kebun sawit dan getah kini melalui proses tanam semula.

Abdul Jalil berkat, sekirannya kerosakan teruk berlaku dia terpaksa melakukan kerja tanam semula dan memerlukan kos yang tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... roboh-kebun-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.183456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list