CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Kilang kotak cemar alam sekitar didenda RM20,000

[Copy link]
Post time 20-8-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Seremban: Kilang kotak didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin selepas didapati melakukan kesalahan dan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon berkata, kilang terbabit yang beroperasi di PT No. 3292 & 3293, Jalan Permata 2/2 Arab Malaysian Industrial Park, Nilai itu menjalankan aktiviti membuat dan mencetak kotak.

Menurutnya, Hakim Diana Md Razali menjatuhkan hukuman itu selepas pengarah syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan itu.


"Pertuduhan yang dikenakan adalah mengikut Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu gagal mematuhi standard pelepasan bagi parameter COD iaitu 250 mg/l melebihi standard ditetapkan iaitu 80 mg/l.

"Kesalahan dilakukan syarikat terbabit pada 14 Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada berkompromi kepada penjenayah alam sekitar.

"Rakyat di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui portal e-aduan.doe.gov.my (https://eaduan@doe.gov.my) atau talian bebas tol 1-800-88-27227," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tar-didenda-rm20000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 08:15 PM | Show all posts
perlu naiikan saman. alam sekitar dicemar tu....bukan kes kecil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.286730 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list