CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 0

[SEJARAH] PEMBANTAIAN NANKING 1937 - KEZALIMAN TERBESAR TENTERA JEPUN

[Copy link]
Post time 22-8-2022 12:58 PM | Show all posts |Read mode
PEMBANTAIAN NANKING 1937 - KEZALIMAN TERBESAR TENTERA JEPUN




Nanking merupakan sebuah wilayah yang mempunyai sejarah lebih 2000 tahun. Ia merupakan kota yang sangat cantik sehingga digelar sebagai Kota Syurga oleh orang-orang Cina. Kota ini menjadi nadi penting kepada kegiatan keilmuan, kebudayaan, politik dan ekonomi orang Cina di kawasan delta Sungai Yangtze pada suatu masa dulu.


Kota ini telah diasaskan oleh Dinasti Wu pada tahun 495SM. Pada waktu itu kawasan ini dikenali sebagai Yecheng. Sekitar tahun 473SM, Dinasti Yue pula telah menakluk Yue dan mengasaskan Yuecheng. Negeri Chu pula telah menawan kawasan ini dan mengasaskan Jinling pada tahun 333SM. Nanjing atau Nanking ini telah banyak kali menerima pasang surutnya. Kota yang damai ini telah menyaksikan banyak peristiwa jatuh bangun sesebuah dinasti di China. Kota ini juga telah dipilih oleh Dinasti Ming sebagai ibu negaranya.

Semasa Dinasti Qing pula, Pemberontak Taiping telah menjadikan Nanking sebagai markas mereka untuk menjatuhkan orang Manchu. Begitu juga semasa era kerajaan Koumintang di bawah pimpinan Chiang Kai Shek, dia telah menjadikan Nanking sebagai markasnya untuk menentang ketua-ketua perang atau Warlord yang menguasai Beijing. Ini secara tidak langsung telah menjelaskan kepada kita bahawa Nanking telah memainkan peranan yang cukup penting kepada sejarah China selama ribuan tahun.

Walaupun Nanking biasa menyaksikan pembunuhan, pembantaian dan penjarahan dalam sejarahnya namun pembantaian Nanking pada tahun 1937 merupakan pembantaian yang paling dahsyat yang pernah disaksikan oleh Kota Syurga ini.

Sejak ribuan tahun lepas, Korea dan Jepun selalu tunduk kepada China. Walaupun kadang-kadang melawan namun dalam kebanyakan masanya mereka tunduk kepada Maharaja China. Kedua-dua negera ini juga sering menghantar ufti kepada China sebagai tanda mereka menyerah diri. Dan perkara ini berlaku sehinggalah kepada zaman Dinasti Qing iaitu dinasti terakhir China.

Apabila Meiji mula melaksanakan pembaharuan ke atas Jepun, antara benda yang paling pesat membangun ialah sektor ketenteraan Jepun. Oleh itu, untuk mencabar hagemoni China di kawasan asia timur, Jepun telah bertindak cuba menguasai Korea iaitu salah satu wilayah “pengaruh” China.

Maka berlakulah perang antara kedua-dua buah kerajaan ini pada 1 ogos 1894-17 april 1895. Perang ini melibatkan jumlah personel yang besar dimana Dinasti Qing telah menghantar tentera seramai 630,000 orang yang terdiri daripada tentera dan armada laut Beiyang. Tentera yang dipimpin oleh Li Hongzhang ini merupakan angkatan tentera terkuat yang dimiliki oleh Qing.

Jepun pula menghantar tentera seramai 240,000 orang yang dipimpin oleh Yamagata Aritomo.
Perang yang sengit berlaku yang menyaksikan lebih kurang 35,000 tentera China mati atau cedera manakala di pihak Jepun pula seramai 13,823 orang terkorban dan 3973 orang cedera. Perang yang sengit ini telah menyaksikan kekalahan memalukan China apabila mereka terpaksa menyerahkan Taiwan, Pescadores dan semenanjung Liaodang kepada Jepun. Pengaruh Qing di Korea juga telah hilang.

Kekalahan Qing kepada Jepun ini telah menandakan bahawa Qing benar-benar telah lemah sehingga membangkitkan banyak pemberontakan dan Revolusi yang dilancarkan oleh Sun Yat Sen. Ternyata pemodenan Meiji telah berjaya mengalahkan Gerakan Memperkuatkan Diri oleh China. Sebenarnya kekalahan China ini sudah boleh dijangka kerana Jepun sendiri sudah mampu membina angkatan laut yang kuat dan berdisiplin tambahan pula, mereka sudah berjaya membina kapal yang lebih laju berbanding yang dimiliki oleh armada Beiyang.

Sekitar 7 julai 1937-9 september 1945, berlaku sekali lagi perang antara China dan Jepun yang dikenali sebagai Perang China-Jepun kedua atau Perang Menentang Jepun. Dalam perang inilah berlakunya peristiwa pembantaian massal di Nanking atau Nanjing  itu.  Perang yang panjang antara Republik China dengan Jepun ini telah menyebabkan kematian seramai 3.2 juta tentera China dan 17.5 juta orang awam di China. Manakala pihak Jepun pula kehilangan 2.1 juta tentera.


Perang ini melibatkan seramai 5.6 juta tentera China menentang 4.1 juta tentera Jepun beserta 900,000 tentera bersekutu. Perang antara Chian-Jepun ini sudah bermula dalam skala yang agak kecil sejak tahun 1931 lagi apabila Jepun menakluk Manchuria dalam peristiwa Mukden. Tetapi perang yang betul-betul besar hanya bermula pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo. Sejak itulah perang China-Jepun berlaku secara berterusan sehinggalah Jepun menyerah diri pada tahun 1945 apabila dibom oleh Amerika.

Awalnya hanya diduduki oleh lebih kurang 250,000 orang penduduk namun selepas meletusnya perang sejak 1931, ramai pelarian perang telah datang ke ibu kota ini sehingga jumlahnya mencecah sekitar 1 juta orang. Keadaan ini tentunya menyebabkan keadaan di Nanking semakin memburuk dan kerajaan sendiri tentunya tidak mampu menguruskan mereka dan memberi kelengkapan yang diperlukan tambahan semasa musim perang.

Selepas berjaya menduduki Shanghai pada 11 November 1937, tentera Jepun terus menggerakkan tentera mereka untuk menawan Nanking dari pelbagai arah. Mereka telah melancarkan serangan besar-besaran kerana disini merupakan pusat kegiatan kepada Kerajaan China. Pada 13 disember 1937, divisen ke-6 dan divisen ke 116 Tentera Darat Jepun telah berjaya memasuki kota buat pertama kalinya selepas berjaya menghalau angkatan tentera China sehingga ke Sungai Yangtze. Divisen ke 9 Tentera Jepun telah memasuki kota melalui gerbang Guanghua manakala Divisen ke 16 pula telah memasuki kota melalui gerbang Zhongshan dan gerbang Pasifik.  

Apabila semua tentera Jepun berjaya masuk ke kota itu bermakna Jepun telah berjaya menawan ibu kota China iaitu Nanking. Di ibu kota ini mereka telah melakukan pembantaian yang paling sadis dalam sejarah manusia moden. Masalahnya sehingga kini, pakar perang mahupun pakar sejarah masih bingung mengenai motif pihak Jepun membantai penduduk awam yang berjumlah sekitar 300,000  orang itu. Semasa mereka masuk ke kota, ada lebih kurang 100,000 pelarian perang yang cedera dan tidak mampu melarikan diri. Jadi tentera Jepun menghabiskan banyak masanya dengan menembak mereka semua.


Bukan hanya 150,000 tahanan perang sahaja yang dibunuh dalam pembantaian selama 6 minggu itu bahkan 50,000 orang awam lelaki turut dibunuh manakala 20,000-80,000 orang perempuan lagi telah dirogol dengan kejam oleh orang Jepun!. Apabila tentera Jepun berjaya menawan Nanking, pelarian perang China telah cuba melarikan diri melalui jalan sungai tetapi masalah yang dihadapi mereka ialah tiada perahu atau kapal yang boleh digunakan untuk mengangkut mereka.


Jadi disini sahaja, tentera Jepiun telah melakukan pembantaian sehingga membunuh sekitar 50,000 orang awam yang tidak berdosa. Sehingga kini orang Jepun masih tidak mengakui peristiwa yang berlaku di Nanking ini. Bagi mereka ini merupakan sandiwara  pihak China sahaja. Walaupun pemerintah dan veteran Jepun mengakui wujudnya pembantaian namun sebahagian penduduk Jepun hanya menganggap itu sebagai sebahagian daripada mangsa perang.



Gambar sekadar hiasan.


Pemerintah China pula terpaksa melarikan diri ke Hankow iaitu kawasan pedalaman di Sungai Yangtze meninggalkan rakyatnya dibunuh dan diperkosa dengan kejam. Mungkin disebabkan dia gagal menangkap pemimpin Republik China maka pemimpin tentera Jepun iaitu Matsui Iwane telah mengarahkan pembunuhan kejam keatas warga sipil, membakar rumah serta gudang dan merogol para wanita. Penduduk China pada waktu itu telah dijadikan seperti latihan ketenteraan oleh tentera Jepun.

Mereka bukan sahaja ditembak, ada juga yang disembelih, dipancung, ditikam dan sebagainya. Perempuan-perempuan yang dirogol juga tidak semuanya dibiarkan hidup atau diambil sebagai perempuan pelayan, ini kerana ramai dalam kalangan mereka sendiri telah dibunuh dengan rodok menggunakan bayonet sehingga terkeluar isi perut. Kanak-kanak dan orang tua juga tidak terkecuali daripada pembantaian ini menjadikan pembantaian ini sebagai antara pembantaian terburuk dalam sejarah manusia moden.



Oleh: Abdullah Sidek (Seri Cendekiawan)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.129198 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list