CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1535|Reply: 0

[DUNIA] Diperbuat Dari Bulu Kuda, Ketahui Mengapa Peguam Di Britain Masih Lagi Pakai Rambut Palsu

[Copy link]
Post time 22-8-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Diperbuat Dari Bulu Kuda, Ketahui Mengapa Peguam Di Britain Masih Lagi Pakai Rambut Palsu




Diperbuat Dari Bulu Kuda, Ketahui Mengapa Peguam Di Britain Masih Lagi Pakai Rambut Palsu

Profesion sebagai seorang peguam pastinya sangat disegani di seluruh dunia. Malah kepakaran dan kebijaksanaan mereka menjadi ‘harapan’ kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, karisma mereka juga ‘terpancar’ pada pakaian yang dipakai ketika berada di dalam mahkamah walaupun ia hanyalah berwarna hitam putih.

Paling tidak dilupakan, peguam kebiasaannya sangat sinonim dengan gaya rambut palsu yang menyerlahkan ‘kegarangan’ mereka.

Walaupun imej seperti itu kebanyakan hanya dilihat di rancangan atau drama luar negara, namun jangan pula tidak tahu bahawa ia masih lagi benar-benar diamalkan di sistem perundangan Britain.


Sama ada peguam atau hakim, kebanyakan dari mereka masih memakai rambut palsu dan jubah ketika menghadiri perbicaraan.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa mereka masih lagi memakai rambut palsu tersebut walaupun dunia sudah moden. Sebelum merungkai lebih lanjut, mari kita ketahui terlebih dahulu mengenai sejarah pemakaian rambut palsu di negara itu.

Sejarah pemakaian rambut palsu dalam mahkamah
Untuk pengetahuan, tradisi memakai rambut palsu putih bermula sejak akhir abad ke-16.

Pada tahun 1625, kertas akademik yang dipanggil sebagai The Discourse on Robes and Apparel boleh dikatakan telah mengubah cara pegawai mahkamah tinggi Britain berpakaian.

Penggunaan jubah dan rambut palsu sebagai pakaian seragam bilik mahkamah ditetapkan untuk membezakan hakim dan peguam bela daripada ahli masyarakat yang lain.

Trend pemakaian rambut palsu itu juga telah diterima pakai sepenuhnya sebagai pakaian undang-undang yang sesuai pada tahun 1685 dan disertakan dengan peraturan yang ketat seperti jubah.

Trend dalam golongan kelas atasan

Ini ditambahkan lagi dengan penggunaan rambut palsu yang semakin popular dalam kalangan masyarakat untuk menutup kebotakan pada abad ke-17 dan ke-18. Malah, ia turut menjadi trend dalam kalangan kelas atasan Inggeris apabila Raja England, Charles II turut mula menggunakan rambut palsu.

Rambut palsu berwarna putih atau dikenali sebagai peruke itu kebiasaannya adalah hasil buatan tangan yang diperbuat daripada bulu kuda. Menariknya pembuatan rambut palsu itu boleh menelan belanja beribu-ribu pound.


Malah, rambut palsu panjang yang dipakai oleh hakim boleh mencecah harga lebih $3000 (RM13,405).

Sehingga tahun 1780-an, hakim pernah memakai rambut palsu yang panjang dan bergulung tetapi selepas itu mereka bertukar kepada rambut palsu yang lebih pendek.

Ia mungkin dirasakan telah ketinggalan zaman tetapi apabila hakim dan peguam mula-mula membuat penampilan di bilik mahkamah sekitar tahun 1685, mereka dilihat sebagai individu profesional yang berpakaian kemas.

Simbol kuasa dan menghormati undang-undang
Seorang peguam yang berpangkalan di Washington, Kevin Newton dalam satu temubual pada tahun 2017 berkata bahawa rambut palsu adalah sebahagian pakaian seragam yang mewujudkan pemisahan visual antara undang-undang dan pakaian yang dipakai sebelum ini.

Menurutnya, rambut palsu adalah sebahagian daripada mahkamah jenayah Britain sehingga jika peguam tidak memakainya, ia dilihat sebagai satu penghinaan kepada mahkamah.


Peguam dan hakim Britain juga memakai rambut palsu untuk menggambarkan formaliti mereka di ruang mahkamah dan memberi penghormatan kepada sejarah undang-undang.

Walaupun peraturan pakaian baharu yang dikuatkuasakan pada 2017 menghapuskan pemakaian rambut palsu di mahkamah sivil dan Mahkamah Agung United Kingdom tetapi ia kekal digunakan bagi kes jenayah dan menjadikannya masih popular dalam kalangan peguam Britain sehingga kini.

Sumber:https://siakapkeli.my/2022/08/18 ... P1CMZdCLrawtICf0Yxw
Urbo.com, Howstuffworks


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.468622 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list