View: 463|Reply: 0
|
[Kelantan]
Jaja petai sambil kibar Jalur Gemilang
[Copy link]
|
|
MOHD. Amin Ahmad mengayuh basikal yang dihiasi dengan Jalur Gemilang bagi menjual petai sebagai simbolik cintanya pada negara sempena ulang tahun kemerdekaan ketika ditemui di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
TUMPAT: Seorang lelaki dari Kampung Bertam, Gua Musang menzahirkan semangat cintakan tanah air dengan memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri sambil menjual petai dengan mengayuh basikal di sekitar kawasan bandar Kota Bharu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Amin Ahmad, 56, berkata, perkara tersebut sudah menjadi rutinnya setiap kali tibanya Ogos untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Menurutnya, sepanjang tempoh sebulan itu, dia akan ‘bermalam’ di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu untuk berniaga petai dengan menunggang basikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada waktu siang.
“Semangat saya menjadi luar biasa apabila tibanya bulan kemerdekaan. Walaupun terpaksa berkorban, namun, saya gembira dapat menzahirkan semangat sayang dan cintakan negara dengan cara tersendiri.
“Setakat ini, saya sudah mengeluarkan duit poket sebanyak RM60 untuk membeli 30 Jalur Gemilang dan bendera negeri untuk dipasang pada basikal,” katanya di sini semalam.
Mohd. Amin memberitahu, isteri dan anak-anak tidak pernah menghalang niatnya itu, malah sudah faham dengan semangat patriotik untuk berkampung di Tumpat bagi menyambut kemerdekaan.
Katanya, keluarganya juga membantu dengan menghantar bekalan petai dari Gua Musang menggunakan kereta api untuk dijual di sekitar Kota Bharu.
“Setiap kali berkayuh di kawasan bandar, ramai yang memandang dan ada yang membeli petai sambil bergambar dengan saya.
“Sekurang-kurangnya saya dapat sampaikan mesej patriotik ini dan akan menjadi ikutan orang lain agar sama-sama kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan kemerdekaan negara,” jelasnya.
Mohd. Amin berkata, sebanyak 300 papan petai sehari berjaya dijualnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... bar-jalur-gemilang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|