CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tapak pembinaan umpama bom jangka Aedes

[Copy link]
Post time 25-8-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode

S VEERAPAN (kiri) menunjukkan sampah yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Enstek. FOTO Ahmad Hasbi

Nilai: Tapak pembinaan kilang perabot dekat Bandar Baru Enstek, di sini dikesan menjadi 'port' pembiakan nyamuk Aedes dan tidak mengamalkan sistem pengurusan sampah dengan betul.

Operasi Bersepadu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD Seremban) bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Sembilan, hari ini mendapati banyak takungan air ditemui yang menjadi tempat jentik-jentik membiak.

Kontraktor di tapak itu juga gagal menyediakan pekerja mahir yang dikhuatiri menyebabkan bangunan dibina tidak berkualiti.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S Veerapan berkata, operasi itu dilaksana adalah rutin bagi memastikan tapak pembinaan mematuhi peraturan.

"Kami menemui jentik-jentik di tempat pengumpulan sampah dan kawasan kediaman pekerja yang ada kon penghadang jalan rosak, dalam besen serta di tempat longgokan sampah.

"Pihak PKD mengeluarkan notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berisiko," katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan tapak pembinaan sepatutnya menyediakan tong sampah bertutup dan langkah lain mengelak jadi tempat air bertakung.

"Dengan keadaan hujan tidak menentu ketika ini, tempat pembinaan umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletup kerana risiko pembiakan nyamuk Aedes dan kita tak boleh ambil mudah," katanya.

Mengenai kontraktor tidak menyedia pekerja mahir, katanya, CIDB mengesan pelanggaran pematuhan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan mengenakan kompaun kepada syarikat berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-bom-jangka-aedes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060969 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list