CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Johor] Sindiket kaut untung jual air zamzam palsu

[Copy link]
Post time 28-8-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI Mohamad (lima dari kanan) menunjukkan air zamzam palsu antara barangan dagangan bernilai hampir RM5 juta yang disita pada sidang akhbar di Menara Kastam, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU: Jika ditawarkan air zamzam, pastikan terlebih dahulu kesahihannya.

Ini kerana ada sindiket yang menjual air zamzam palsu bagi mengaut keuntungan mudah sejak awal tahun ini.

Kegiatan tidak bermoral itu dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor apabila menyerbu sebuah kilang haram yang memproses air zamzam palsu di Taman Ekoperniagaan 2, Senai Airport City, Senai, pada 15 Jun lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor Bahru menyerbu premis berkenaan pada pukul 4 petang.

Pemeriksaan ke atas premis berkenaan menemukan 238 botol bersaiz lima liter dipercayai berisi air zamzam palsu di premis berkenaan.

“Dalam serbuan berkenaan, kami menahan empat lelaki warga asing, iaitu tiga Bangladesh dan seorang Yaman yang berusia antara 22 hingga 44 tahun untuk siasatan lanjut. Anggaran nilai keseluruhan barangan yang disita termasuk air zamzam dipercayai palsu berkenaan berjumlah RM11,700,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Pihaknya juga telah mengenal pasti pemilik premis itu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan sebuah premis sebagai tempat pembungkusan air zamzam dipercayai palsu dengan menggaji pekerja asing bagi mengisi dan membungkus air berkenaan. Sindiket terbabit juga menggunakan bungkusan lain daripada bungkusan air zamzam yang biasanya diperoleh secara sah,” jelasnya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, yang lebih besar atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sazali turut meminta kerjasama orang awam untuk memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti berkenaan di kawasan mereka menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... l-air-zamzam-palsu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.073300 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list