CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 1

[Pahang] Tiga buruh kampung didakwa bunuh remaja perempuan Orang Asli

[Copy link]
Post time 29-8-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Pekan: Tiga lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, Murad Ahmad, 26, mengangguk faham ketika pertuduhan membunuh dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga buruh kampung itu didakwa bersama-sama dengan niat membunuh remaja berkenaan di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara jam 11.15 malam 20 Ogos hingga 7 pagi, 21 Ogos.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Mohamad Usari manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.

Mahkamah menetapkan 3 November untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, mayat remaja wanita yang tidak bersekolah itu ditemukan oleh sepupunya di lereng bukit berhampiran rumahnya pada 21 Ogos dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala.
Disiarkan pada: Ogos 29, 2022 @ 1:01pm


TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh remaja perempuan Orang Asli di Bukit Ibam. FOTO Farizul Hafiz Awang

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -orang-asli-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 11:09 PM | Show all posts
pasal ape pun xtau kena bunuh....ish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.226232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list