CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6536|Reply: 23

AV8:Penggunaan Komponen Tempatan Dipertingkatkan

[Copy link]
Post time 30-9-2010 10:23 PM | Show all posts |Read mode
http://www.asobserver.com/2010/09/av8penggunaan-komponen-tempatan.html

Kuala Lumpur 30 Sept:Mesyuarat MIPPKM 2/2010 yang diadakan ini menyaksikan kertas kerja Program Localization bagi Projek Perolehan Kenderaan Perisai Malaysia AV8 yang menjadi tumpuan umum.

Mesyuarat MIPPKM hari ini sebenarnya membentangkan dua kertas kerja,selain kertas kerja AV8 yang dikemukakan oleh Kumpulan Kerja automotif,Kumpulan Kerja Aeroangkasa juga mengemukakan kertas kerja mereka.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid hari ini mengesahkan,program AV8 akan lebih tertumpu pada program lokalisasi ataupun Localization.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 11:55 PM | Show all posts
Bagus langkah ni, nak bangunkan industri ni kena ada ecosystem dan supporting industries supplying machining, nuts and bolts dan new innovations baru boleh berkembang maju..jgn hanya bergantung harap kepada teknologi transfer dari principal dan jadi assembler je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 07:50 AM | Show all posts
tarikh baru untuk tunjukkan hasil apc ni dah dilanjutkan dr januari ke jun thn depan . bkn masalah bahan tempatan , tp pastikan berkualiti jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:05 AM | Show all posts
x sabar nak tgk prototype nye.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:27 AM | Show all posts
di atas sifat lokalisasinya, AV8 adalah program perolehan pertahanan
yang paling menjadi tumpuan dan amat dinantikan kemunculan
prototaipnya.. 20 more months to go..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:37 AM | Show all posts
tarikh baru untuk tunjukkan hasil apc ni dah dilanjutkan dr januari ke jun thn depan . bkn masalah b ...
hyazinth79 Post at 1-10-2010 07:50



2012 la..... tahun depan baru 2011
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 08:49 AM | Show all posts
x sabar nk tunggu prototaip nih........... jgn sekali keluar design hampeh dari apa yg dilobikan sblm nih dah.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:22 AM | Show all posts
bagus jika dipertingkatkan localisation komponen utk AV8. Ianya harus jugak mengikut adaptation AV8 untuk peperangan iklim dan geographi tempatan, dan mudah utk modify sekiranya AV8 dihantar untuk misi PBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 11:12 AM | Show all posts
245,000 sertai industri pertahanan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Pertahanan menyasarkan seramai 245,000 orang tenaga profesional dan teknikal akan melibatkan diri dalam industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan pada 2015.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu bertujuan membangunkan industri tersebut supaya ia seiring dengan perkembangan di peringkat antarabangsa.

"Pada masa ini, jumlah tenaga pekerja profesional dan teknikal dalam industri itu masih rendah dan yakin usahasama yang sedang dijalankan antara kerajaan dengan beberapa agensi pertahanan, sasaran tersebut dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan, dan Keselamatan Malaysia (MIPPKM) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Ahmad Zahid berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak RM23 bilion telah diperuntukkan untuk sektor keselamatan dan pertahanan dan kira-kira 40 peratus daripada jumlah itu digunakan untuk membekalkan peralatan dan aset.

"Ini merupakan satu peluang baik kepada pekerja-pekerja dalam bidang profesional dan teknikal untuk melibatkan diri dalam industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan telah memberikan tempoh sehingga Jun tahun depan kepada syarikat pertahanan tempatan, Deftech Sdn. Bhd. untuk menghantar prototaip kereta perisai (APC) 8x8 AV8 yang sepatutnya dihantar pada 1 Januari.

Beliau berkata, lanjutan enam bulan itu diberikan selepas pihaknya meneliti cadangan Deftech yang antara lain mahukan pengubahan sub-sistem sebelum kereta perisai itu disiapkan sepenuhnya.

Pada pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 bulan lalu, Kementerian Pertahanan telah memeterai surat tunjuk minat (LOI) bagi perolehan 257 AV8 untuk menggantikan kereta perisai Condor 4x4 dan Sibmas 6x6 yang telah uzur.

Kereta perisai AV8 adalah hasil peralihan teknologi daripada syarikat pertahanan antarabangsa, FNSS dari Turki dan Denel Land Systems dari Afrika Selatan bagi membolehkan Malaysia mempunyai APC buatan sendiri yang pertama.


-------------------------------------------

pengubahan nih kat mana........... kedudukan enjin tu ke......
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:02 PM | Show all posts
245,000 sertai industri pertahanan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Pertahanan menyasarkan ser ...
jofizo Post at 1-10-2010 11:12 AM



    jgn ubah kusyen dah le.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:33 PM | Show all posts
Reply 10# malberi8


ganti kusyen sparco
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 04:33 PM | Show all posts
Reply 7# jofizo

siapa akan melopong bila dah kuar nanti......
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 05:02 PM | Show all posts
Reply 6# jofizo

Sementara itu, katanya, kerajaan telah memberikan tempoh sehingga Jun tahun depan kepada syarikat pertahanan tempatan, Deftech Sdn. Bhd. untuk menghantar prototaip kereta perisai (APC) 8x8 AV8 yang sepatutnya dihantar pada 1 Januari.

Beliau berkata, lanjutan enam bulan itu diberikan selepas pihaknya meneliti cadangan Deftech yang antara lain mahukan pengubahan sub-sistem sebelum kereta perisai itu disiapkan sepenuhnya.

Pada pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 bulan lalu, Kementerian Pertahanan telah memeterai surat tunjuk minat (LOI) bagi perolehan 257 AV8 untuk menggantikan kereta perisai Condor 4x4 dan Sibmas 6x6 yang telah uzur.

Kereta perisai AV8 adalah hasil peralihan teknologi daripada syarikat pertahanan antarabangsa, FNSS dari Turki dan Denel Land Systems dari Afrika Selatan bagi membolehkan Malaysia mempunyai APC buatan sendiri yang pertama.

thn depan la , bukan 2012 , 2012 cerita kiamat tu ,
sepatutnya tambah armor tambahan utk tingkatkan sistem ketahanan dia , naikkan sikit rating dia , br dpt pasarkan ke negara luar .
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 05:09 PM | Show all posts
Harap nanti keluar ada roda 8 biji jangan kurang, jangan samapai lupa.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 05:14 PM | Show all posts
Reply 14# @hli


    yang pastinya tak akan ompong
seperti otak indon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 05:15 PM | Show all posts
tolong buat prototype versi anti keta kebal ye , baru  la nmpk mengancam , klu sekali pamer ver ambulan ssh la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 12:51 AM | Show all posts
tapi takut tergendala bile keluar je dh lapuk.make sure depa update equipment and technology sementara develop!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:47 AM | Show all posts
av8 lesen turki ni lebih mahal dari tank abram amerika RM32 MILLION++, komisyen 10% mahal betul lesen je kosong pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 09:11 AM | Show all posts
setahu aku la , klu kita beli lesen , pengeluar akan bagi sekali prototype kan , mcm turki ngan korea selatan , mrk beli lesen utk hasilkan mbt , korea selatan bg ngan prototype sekali
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 09:13 AM | Show all posts
tp yg pati av8 lebih mengancam design dia dr pindad indon , hahahahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.133848 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list