CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 0

Pingat Hang Tuah - Pingat Keberanian untuk kanak-kanak -

[Copy link]
Post time 8-9-2022 12:24 AM | Show all posts |Read mode


Pingat  Hang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberanian  kanak-kanak.
Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Nor  bin Osman yang berasal dari
Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliau  telah menerima Pingat Hang Tuah daripada
D.Y.M. Yang DiPertuan Agong  pertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya
menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadian  pertama,
Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia dua  tahun yang hampir lemas
di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalam  kejadian kedua, beliau telah menyelamatkan
seorang budak perempuan.

Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksah  yang berasal dari Pahang
kerana keberaniannya menyelamatkan seorang  kanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir
lemas di Sungai  Semenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima  
tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. Penganugerahan  Pingat Hang Tuah
yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha Majlis  Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
telah diberhentikan pada tahun  1978. Kini anugerah kanak-kanak yang disediakan adalah Tokoh Kanak-Kanak  
Kebangsaan yang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang  cemerlang dalam bidang akademik.



Gambar di atas adalah Musa bin Zainuddin,
penerima anugerah 1976


**********************************************************************************************

sepatutnya --- anugerah ini patut diteruskan semula --  barulah ada motivasi dan
semangat pada  diri kanak-kanak ni -- tak pentingkan diri sendiri dan banyak
nilai murni dan positif dapat diterapkan dengan adanya anugerah ni -

Tokoh kanak-kanak tu dalam bidang akademik sahaja --  bagaimana pula dengan
sahsiah mereka? sebab itu la patut diteruskan penganugerahan ini --
tambahan dengan zaman budak2 sekarang dok bergajet sana sini -- tak adanya
fikir tentang nak menolong orang lain -- sebok game ke hulu ke hilir
ada yang bagus  yup -- tapi  mmg ramai pangai budak2 ni yang masih kena ditarbiahkan -

who knows? ada penganugerahan mcm ni  di masa akan datang -- insyaallah -



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.730545 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list