View: 1105|Reply: 6
|
Enak banget bak kata friska - Wanita cuba resepi terbaru untuk pasangan perokok
[Copy link]
|
|
Akibat suka merokok, wanita ini buat menu istimewa ‘rokok celup tepung’ untuk pasangannya
Ungkapan rokok membahayakan kesihatan seringkali kita dengar samada di televisyen, radio atau membacanya di laman sosial.
Namun, ‘ungkapan’ tersebut akhirnya diterjemahkan seorang wanita apabila dia mengambil keputusan ‘menggoreng’ rokok kepunyaan pasangannya.
Video tular yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok itu dilengkapi kapsyen “Masakkan sesuatu yang digemari oleh teman lelaki”.
Dalam video berdurasi 33 saat itu, wanita tersebut dilihat mengambil sekotak rokok daripada beg pasangannya.
Dia kemudiannya mencelupkan rokok itu ke dalam adunan bercampur tepung, sebelum menggoreng rokok milik pasangannya itu.
Pasangannya pada ketika itu sedang bermain komputer dan begitu untuk menjamu makanan yang disediakan temannya itu.
Rupanya-rupanya apabila lelaki itu menggigit makanan tersebut, intinya hanyalah rokok yang disaluti tepung.
Akibat tindakan luar biasa wanita itu, video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna media sosial secara berseloroh menyifatkan menu itu adalah resepi ‘baharu’, dan boleh juga jika dibuat tumis belacan.
Selain itu, tidak kurang juga ada seorang netizen ini menganggap perbuatan itu sebagai pembaziran minyak masak dan tepung yang digunakan wanita tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya ler buat macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku kadang rasa menyampah pun ade dgn perokok ni, kejap2 ajak isap rokok,rasanya byk membuang masa je, |
|
|
|
|
|
|
| |
|