CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2023 01:26 PM | Show all posts
13 polis Mexico maut diserang, penjenayah bakar 35 bas di Brazil
Oktober 24, 2023 @ 10:38am


Pasukan keselamatan Mexico memeriksa lokasi di mana 13 anggota polis maut diserang kumpulan penjenayah di Coyuca de Benitez, Guerrero, Mexico. - Foto AFP

ACAPULCO: Pihak berkuasa memaklumkan, serangan bersenjata semalam di Mexico mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 anggota polis terbunuh di wilayah yang dilanda keganasan berkaitan pengedaran dadah.

Menurut Pendakwa Raya, Alejandro Hernandez, penyerang yang tidak dikenali menyasarkan rondaan keselamatan di perbandaran Coyuca de Benitez di negeri selatan Guerrero.

"Berdasarkan maklumat awal 13 anggota polis perbandaran dan dua orang awam meninggal dunia akibat serangan itu," katanya sambil mengatakan motif pembunuhan beramai-ramai itu masih disiasat.

Menurut pihak berkuasa, seorang pegawai kanan keselamatan negara sedang dalam perjalanan berkonvoi apabila dia diserang.

Mexico dilanda pertumpahan darah berkaitan kartel dadah yang menyaksikan lebih 420,000 orang terbunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera dalam perang melawan dadah pada 2006.

Guerrero adalah salah satu kawasan paling ganas di Mexico, disebabkan konfrontasi antara pengedar dadah yang melawan pasukan keselamatan.


Beberapa bas terbakar di tengah jalan di Rio de Janeiro, Brazil, angkara kumpulan penjenayah yang turut membakar sekurang-kurangnya 35 buah bas kesemuanya. - Foto REUTERS

Sementara itu di Rio de Janeiro, kumpulan penjenayah bertindak membakar sekurang-kurangnya 35 bas di bandar Rio de Janeiro, Brazil semalam, selepas polis membunuh ketua kumpulan itu dalam satu operasi.

Menurut kumpulan industri yang mewakili syarikat bas, serangan ke atas bas tertumpu di barat bandar, di mana kumpulan penjenayah saling berjuang berebut wilayah yang mahu dikuasai.

Menurut polis, kumpulan itu bertindak ganas selepas anak saudara ketua kumpulan penjenayah terbesar negeri itu terkorban dalam operasi polis.

Kumpulan yang dipanggil militia Rio, biasanya terdiri daripada pegawai polis dan bekas pegawainya, menjadi antara ancaman keselamatan terbesar di rantau itu.

Pada asalnya, kumpulan itu ditubuhkan sebagai pasukan pertahanan diri kawasan kejiranan miskin yang terjejas oleh kumpulan dadah, namun ia kini berkembang menjadi kumpulan jenayah yang terbabit dalam pelbagai kegiatan haram berbeza.

Sementara itu, kumpulan industri Rio Onibus berkata, 20 daripada kenderaan yang dibakar adalah bas bandar, dengan lima daripadanya bas transit pantas bandar dan selebihnya bas sewa atau bas pelancongan.

Gabenor negeri Rio de Janeiro, Claudio Castro berkata, operasi itu adalah 'tamparan hebat' kepada militia.

"Selain ada kaitan dengan penjenayah (ketua kumpulannya), dia bertindak sebagai 'panglima' kumpulan separa tentera, juga mendalangi perang perebutan kawasan yang mengancam penduduk Rio," katanya dalam hantaran di media sosial.

Perbuatan itu mengakibatkan gangguan sistem transit pantas bas di bandar, menghalang perjalanan pulang penduduk dan pekerja di wilayah itu.

Disebabkan gangguan sama, pembelajaran di sekolah awam di kawasan itu turut dibatalkan.

Setakat ini, Polis Tentera memaklumkan pihaknya memberkas 12 suspek yang terbabit dalam kebakaran itu, selain menghalang 15 individu daripada membakar trak kargo di salah satu pintu masuk utama bandar itu. - AGENSI

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 01:31 PM | Show all posts
Wanita terkejut balik bercuti tengok rumah kena roboh


RUMAH keluarga Hodgson dirobohkan. - AP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
24 Oktober 2023, 1:00 pm

ATLANTA: Seorang wanita sedang memikirkan tindakan boleh diambil selepas sebuah syarikat tersilap merobohkan rumah yang dimilikinya di barat daya Atlanta, Amerika Syarikat (AS).

Susan Hodgson berkata, dia menemukan timbunan sisa runtuhan di lokasi yang menempatkan kediaman keluarganya selepas balik daripada bercuti pada bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan amat marah, malah saya berfikir sama ada adakah semua ini sesuatu gurauan?,” katanya.

Menurut Hodgson, dia menerima panggilan daripada jirannya ketika sedang bercuti yang menanyakan padanya sama ada mengupah syarikat untuk merobohkan rumah kosong itu.

“Saya menafikan mengupah perkhidmatan demikian dan jiran memaklumkan beberapa pekerja baru sahaja merobohkan rumah keluarga saya,” katanya.

Hodgson berkata, jirannya cuba menjelaskan kepada pekerja syarikat itu namun mereka memintanya untuk tidak mengganggu kerja sedang dilaksanakan.

“Mereka menyuruh jiran saya diam dan jangan mencampuri urusan orang lain.

“Oleh itu, saya terpaksa meminta saudara saya pergi ke rumah untuk melihat apa sedang berlaku dan memeriksa permit tersebut.

“Setelah meneliti dokumen itu, pekerja itu mengakui berada di alamat rumah yang salah,” katanya.

Jelas Hodgson, rumah keluarganya dibina kira-kira 15 tahun lalu dan sentiasa berada dalam keadaan baik dengan rumput dipotong dan halamannya bersih.

Tambahnya, dia kini sudah memfailkan laporan polis dan sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan seterusnya. – AP

Kredit: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 01:36 PM | Show all posts
Kanak-kanak cedera parah digigit anjing polis



Prague: Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah digigit anjing polis dalam satu kejadian berhampiran bandar Lanzhot, Republik Czech pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut portal Czech Novinky.cz, peronda polis memberhentikan kenderaan yang membawa pendatang ketika kejadian itu berlaku.

"Semasa mengejar seorang suspek. Anjing tersebut dikatakan menggigit muka kanak-kanak berusia empat tahun itu," menurut laporan berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital kanak-kanak di Brno.

Pasukan intervensi krisis telah memberi bantuan kepada keluarga mangsa dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 12:44pm

Kredit: HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 01:40 PM | Show all posts
Kanak-kanak dijangkiti HIV, hepatitis selepas transfusi darah



Moscow: Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times pada Isnin.

Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.

Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.

Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah.

Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 11:59am

Kredit: HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 01:43 PM | Show all posts
Selamat tengahari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 03:53 PM | Show all posts
Selamat petang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2023 04:51 PM | Show all posts
Juruterbang ditahan cuba matikan enjin pesawat dalam penerbangan
PESAWAT Alaska Airlines. FOTO Fail Reuters.

Portland: Penerbangan Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dilencongkan ke Oregon selepas juruterbangnya yang tidak bertugas cuba mematikan enjin pesawat.

Joseph David Emerson yang ditahan Ahad lalu, didakwa terhadap 83 cubaan membunuh, 83 tuduhan membahayakan orang lain secara melulu dan satu pertuduhan mendatangkan bahaya terhadap pesawat, menurut pejabat pendakwa raya yang dipetik The Straits Times.

Pendakwaan rasmi ke atas Emerson, 44, dijangka difailkan pada Isnin di mahkamah daerah Multnomah di Portland, di mana kesnya yang dijadual pada petang untuk mengemuka rayuan, kata jurucakap pejabat berkenaan.

Sementara itu, Kumpulan Alaska Air, subsidiari bagi Horizon Air berkata, pesawat Alaska Airlines 2059 yang berlepas dari Everett, Washington pada Ahad, sepatutnya mendarat di San Francisco tetapi dilencongkan ke Portland kerana ancaman keselamatan.

Menurutnya, Emerson menyertai Alaska Air sebagai pegawai pertama Horizon pada Ogos 2001 dan pada 2012, beliau meninggalkan Horizon untuk menyertai Virgin America sebagai juruterbang.

Emerson kemudian menjadi pegawai pertama Alaska Airlines selepas pemerolehan Virgin America oleh Alaska Air pada 2016 dan menjadi kapten Alaska Airlines pada 2019.

"Tidak ada satu pun pensijilan beliau dinafikan, digantung atau dibatalkan," kata Alaska Air.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memberitahu syarikat penerbangan AS dalam notis yang dilihat oleh Reuters bahawa juruterbang tidak bertugas itu yang terbang sebagai 'penumpang sah' berusaha untuk melumpuhkan enjin jet berkembar Embraer 175 dengan cuba mengaktifkan sistem pencegah kebakaran enjin ketika pesawat berada pada ketinggian 'cruise'.

"Kru berjaya menggagalkan tindakan suspek dan dia dikeluarkan dari kokpit," kata notis FAA.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 4:11pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 04:54 PM | Show all posts
Bandar lumpuh, militan bakar 35 bas dan kereta api  
BAS yang dibakar militan bersenjata sebagai protes di Rio de Janeiro, Brazil. FOTO AFP.


Brasilia: Anggota militan separa tentera membakar 35 bas dan kereta api di Rio de Janeiro semalam, sekali gus melumpuhkan sebahagian bandar Brazil.

Menurut jurucakap, tindakan yang mencetuskan kekecohan itu susulan kematian seorang daripada pemimpin kumpulan berkenaan ketika operasi oleh pasukan polis.

Gabenor Negeri Claudio Castro berkata, dalam operasi itu, anak saudara yang juga anggota kanan ketua militan dikenali Zinho terkorban.

Castro berkata, polis menyampaikan 'amaran tegas' kepada salah satu militan terbesar di barat Rio, yang menggambarkan anak saudara digelar Fausta itu, sebagai panglima perang terkenal.

Polis kemudian menahan 12 individu kerana disyaki melakukan 'tindakan pengganas' dan dewan bandar raya mengisytiharkan bahaya tahap tiga serta memberi amaran kepada penduduk serta pelancong mengenai kemungkinan insiden berimpak tinggi.

Datuk Bandar Rio Eduardo Paes menggelar anggota militan itu sebagai 'bodoh dan juga penjenayah' dalam hantaran di aplikasi X.

"Anggota militan di sebelah barat membakar bas awam yang dibayar dengan wang awam untuk protes terhadap operasi polis," tulisnya.

Persatuan pengusaha bas awam Rio Onibus berkata, 35 bas dibakar, paling banyak untuk sehari dalam sejarah bandar ini, termasuk lima bas yang digunakan untuk laluan transit pantas khas yang dilancarkan ketika Sukan Olimpik Rio 2016.

Pengendali kereta api Supervia berkata, sebuah kereta api turut dibakar selepas pemandu diarah keluar.

Susulan insiden, sebahagian perkhidmatan pengangkutan awam di bandar itu digantung.

Operasi polis terhadap kumpulan penjenayah bersenjata adalah perkara biasa di Rio, dengan kawasan kejiranan Favela yang mundur sering terperangkap dalam pertempuran.

Kumpulan militan separa tentera mengawal lebih separuh wilayah bandar itu, mewujudkan pemerintahan keganasan di kawasan kejiranan miskin yang menempatkan lebih dua juta penduduk, menurut kajian dilakukan konsortium universiti, platform pengawasan dan kumpulan anti-kerajaan pada 2020.

Anggota militan itu kebiasaannya adalah bekas pegawai polis dan mereka pada mulanya membentuk kumpulan pemerhati kejiranan untuk melindungi penduduk daripada geng dadah.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 3:45pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 04:56 PM | Show all posts
2 tebusan bebas kerana faktor kesihatan
YOCHEVED Lifshitz dan Nurit Cooper yang ditawan Hamas sejak 7 Okt dibebaskan, semalam. FOTO Briged Al-Qassam/ Reuters.


Baitulmaqdis: Dua wanita yang ditawan Hamas di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu dibebaskan, menurut kumpulan Palestin dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Jurucakap sayap bersenjata Hamas berkata, kedua-dua tawanan itu dibebaskan selepas rundingan dengan pengantara, Qatar dan Mesir.

Dalam kenyataan semalam, Abu Obeida memaklumkan menerusi saluran Telegram kumpulan itu yang tebusan berkenaan dibebaskan atas sebab kemanusiaan dan faktor kesihatan yang buruk.

ICRC mengesahkan pembebasan Yocheved Lifshitz, 85, dan Nurit Cooper, 79, yang juga warga Israel.

"Kami berharap mereka akan segera kembali bersama orang tersayang," kata ICRC di platform X yang dilapor Al-Jazeera.

Hamas dilaporkan menawan lebih 200 individu sebagai tebusan ketika melakukan serangan mengejut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggesa pembebasan tanpa syarat semua tebusan yang ditahan di Gaza.

Kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan antarabangsa dan keluarga mereka yang ditawan juga menggesa pembebasan segera.

Tebusan pertama dibebaskan pada Jumaat lalu, iaitu dua wanita Amerika Syarikat (AS) Judith Raanan dan anak perempuannya Natalie.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar berkata pembebasan itu dibuat selepas beberapa hari rundingan yang membabitkan pelbagai pihak.

Obeida sebelum ini berkata Hamas menawarkan untuk membebaskan dua tawanan tambahan bersama Judith dan Natalie, tetapi ditolak pihak berkuasa Israel.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 1:17pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 04:58 PM | Show all posts
3 pangkalan tentera AS kena serang


Tell Abyad (Syria): Tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria diserang secara serentak oleh kumpulan tidak dikenali pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu.

Terdahulu, sebuah pangkalan AS di kawasan Al-Malikiyah di Al-Hasakah yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) telah diserang dron bersenjata.

Selain itu, sebuah pangkalan di wilayah Al-Tanf di selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan dron.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 1:02pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 05:01 PM | Show all posts
Lebih 19,000 tinggalkan rumah   
KAWASAN sempadan Israel dan Lubnan. FOTO AFP.


Beirut: Lebih 19,000 individu hilang tempat tinggal di Lubnan sejak awal Oktober lalu akibat ketegangan yang memuncak di sempadan Lubnan-Israel, susulan perang Hamas dengan rejim Zionis itu, menurut agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, 19,646 individu berpindah di Lubnan sejak badan itu menjejaki pergerakan penduduk, 8 Okt lalu, iaitu sehari selepas serangan ke atas Israel oleh pejuang Hamas dan serangan balas ke atas Semenanjung Gaza.

Katanya, pergerakan itu kebanyakannya oleh mereka yang melarikan diri dari selatan Lubnan, manakala beberapa individu juga berpindah dari kawasan lain.

"Kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat apabila ketegangan merentasi sempadan berterusan," kata jurucakap IOM Mohammed Ali Abunajela dalam kenyataan dilapor AFP.


Sementara itu, pihak berkuasa Palestin melaporkan sejak tercetusnya perang, Israel tanpa henti mengebom Gaza, yang membunuh lebih 5,000 individu, kebanyakannya orang awam.


Ketika Israel meningkatkan serangan di Gaza, kumpulan Hizbullah disokong Iran, yang berpangkalan di selatan Lubnan, meningkatkan serangannya ke atas sasaran Israel.



Israel melakukan serangan rentas sempadan dan pengeboman ke atas Lubnan, sementara kumpulan pejuang Palestin juga melancarkan cubaan penyusupan terhad ke Israel.

Komuniti penduduk di Israel diberitahu supaya berpindah, manakala ribuan individu di Lubnan melarikan diri dari bandar sempadan ke bahagian lain di selatan atau ke kawasan yang lebih dekat dengan ibu negara, Beirut.

Abunajela berkata, pergerakan orang ramai tidak membantu keadaan yang sudah 'merosot' di negara itu.

"Di tengah keadaan ekonomi yang merosot dan peningkatan ketara kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk di Lubnan, perpindahan dalaman mungkin menambah tekanan kepada sumber komuniti tuan rumah," katanya.

Ramai yang melarikan diri dari selatan Lubnan dan berpindah ke utara, di bandar pesisir pantai Tyre, iaitu 18 kilometer (km) dari sempadan.

Hizbullah yang dilapor Al Jazeera berkata 27 pejuangnya terkorban sejak konflik 7 Oktober lalu.

Sumber keselamatan Lubnan yang dilapor Reuters berkata, 11 pejuang dari kumpulan Palestin di Lubnan, yang juga sekutu Hizbullah turut terbunuh.

Tentera Israel berkata, tujuh anggotanya maut di kawasan sempadan.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2023 @ 4:07pm












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:07 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-10-2023 10:08 AM

Iran penjarakan dua wartawan wanita



Gambar menunjukkan muka dua wartawan wanita Iran Niloufar Hamedi dan Elahe Mohammadi yang dimuat naik di laman Twitter, pada 22 November 2022. — Gambar AFP

TEHRAN: Dua wartawan wanita Iran yang ditangkap kerana membuat laporan mengenai kematian Masha Amini, yang mencetuskan protes di seluruh negara pada tahun lepas, telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, menurut pihak kehakiman kelmarin.

Kematian Amini ketika dalam tahanan pada 16 September, 2022 selepas penahanannya oleh polis moraliti di Tehran kerana melanggar peraturan pakaian wanita yang tegas di Iran telah membawa kepada protes besar-besaran di seluruh negara.

Wartawan Elaheh Mohammadi dan Niloufar Hamedi didapati bersalah berkolaboratif dengan Amerika Syarikat, bersekongkol menentang keselamatan negara dan propaganda terhadap republik Islamik, menurut laman sesawang  kehakiman Mizan Online.

Mohammadi, 36, telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bagi kolaboratif dengan Amerika Syarikat manakala Hamedi, 31, dijatuhkan hukuman tujuh tahun bagi kesalahan yang sama, menurut Mizan.

Kedua-dua mereka turut dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun setiap seorang bagi tuduhan konspirasi dan satu tahun setiap seorang untuk propaganda, menurut laman sesawang tersebut, sambil menambah hukuman akan dijalankan secara serentak.

Mohammadi, seorang wartawan bagi akhbar Ham Mihan dan Hamedi, seorang jurugambar akhbar Shargh, telah ditahan di penjara Evin di Tehran sejak September 2022, dengan perbicaraan mereka bermula pada Mei.

Keputusan hukuman terhadap mereka adalah tertakluk untuk rayuan, tambah Mizan.

Keputusan itu menyusul selepas penjatuhan hukuman terhadap peguam Amini, Saleh Nikbakht pada Selasa iaitu penjara setahun bagi propaganda menentang negara dan bercakap kepada media asing dan tempatan mengenai kes tersebut. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:10 PM | Show all posts
Filipina panggil duta China berhubung pertembungan kapal



Gambar yang diambil oleh Pengawal Pantai China ini menunjukkan pertembungan dengan bot penghantar barang Filipina di Second Thomas Shoal. — Gambar AFP
                                
MANILA: Manila memanggil duta Beijing berhubung dua pertembungan antara kapal-kapal Filipina dan China di Laut China Selatan yang menjadi rebutan kelmarin, demikian menurut seorang pegawai kementerian luar negara tersebut.

“Kami telah menggunakan sepenuhnya proses diplomatik... yang ada buat kita. Itu termasuk memanggil duta China, seperti mana yang kita lakukan pada pagi ini,” jurucakap kementerian luar negara Teresita Daza memberitahu wartawan.

Filipina dan China saling menuduh bagi insiden berhampiran Second Thomas Shoal di Pulau Spratly kelmarin.

Dua pertembungan berlaku ketika perjalanan rutin menghantar bekalan kepada pasukan tentera Filipina yang ditempatkan di sebuah kapal tentera laut terkandas di atas beting bagi mengawasi tuntutan wilayah Manila.

Satu pasukan petugas kerajaan Filipina menyatakan kelmarin “tindakan sekatan berbahaya oleh kapal 5203 milik Pengawal Pantai China telah menyebabkan ia bertembung dengan bot menghantar bekalan tempatan milik Filipina” kira-kira 25 kilometer (15 batu) dari beting.

China menyatakan “pertembungan ringan” berlaku selepas bot menghantar bekalan itu tidak mengendahkan “beberapa amaran dan sengaja melalui pihak penguat kuasa undang-undang dengan cara yang tidak profesional dan berbahaya”, badan penyiaran negara CCTV melaporkan kelmarin, memetik kementerian luar negara.

Dalam satu lagi insiden, sebuah kapal pengawal pantai Filipina yang mengiringi misi menghantar bekalan rutin juga telah “dilanggar” oleh apa yang dikatakan oleh pasukan petugas Filipina sebagai sebuah “kapal Militia Maritim China.”

Bagaimanapun, China, menuduh bot Filipina sebagai “sengaja” mencetuskan masalah dengan berundur “secara terancang” ke arah sebuah kapal nelayan China. - AFP

https://www.utusanborneo.com.my/ ... -pertembungan-kapal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:12 PM | Show all posts
Tiada bukti pembunuhan presiden saumaah ada kaitan dengan anti-Semitisme: Polis



Anggota polis berkawal di luar rumah lokasi pembunuhan Samantha Woll yang ditemui mati  ditikam di Detroit. — Gambar AFP

DETROIT: Pihak polis yang menyiasat kes seorang presiden saumaah AS mati ditikam menyatakan kelmarin bahawa tiada bukti mengaitkan kejadian tersebut bermotifkan anti-Semitisme.

Ketua polis Detroit James White dalam satu kenyataan ringkas mengatakan bahawa pasukannya sedang menemu bual “beberapa orang individu dengan maklumat yang mungkin akan meneruskan siasatan” mengenai kematian Samantha Woll. Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut.

“Tiada bukti mencadangkan bahawa jenayah ini adalah bermotifkan  fahaman anti-Semitisme,” menurut White.

Beliau menyatakan pihak FBI sedang membantu polis Detroit dan meminta agar bersabar ketika siasatan diteruskan.

“Semua perkara yang dapat dilakukan untuk membawa kes ini kepada satu keputusan sedang digunakan,” jelas White.

Woll mengetuai Isaac Agree Downtown Synagogue, yang berkhidmat di metropolitan Detroit.

Pembunuhan berlaku ketika ketegangan meningkat dalam komuniti Yahudi dan Islam di seluruh Amerika Syarikat berhubung dengan perang Israel-Hamas, yang telah meragut ribuan nyawa pada tahun ini.

Kakitangan kecemasan menemui Woll meninggal dunia di luar kediamannya dengan beberapa kesan tikaman, kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu lepas. Satu kesan darah membawa anggota polis ke rumah Woll, “di mana lokasi jenayah dipercayai berlaku.”

Woll, yang mengetuai saumaah itu sejak 2022 juga bergiat aktif dalam hal ehwal Parti Demokratik, bekerja untuk anggota kongres Elissa Slotkin dan terlibat dalam kempen untuk Peguam Negara Michigan Dana Nessel, menurut Detroit Free Press.

“Saya berasa sangat terkejut, sedih dan takut ketika mengetahui tentang pembunuhan kejam Sam. Sam merupakan seorang yang sangat baik pernah saya kenali,” Nessel menyatakan dalam X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Slotkin, yang berkhidmat sebagai seorang pegawai CIA sebelum menyertai Kongres, menyatakan Woll cuba untuk membentuk “persefahaman menerusi kepercayaan, membawa cahaya dalam kegelapan.”

Free Press menyatakan Woll telah aktif dalam sebuah pertubuhan akar umbi bertujuan untuk membentuk hubungan antara golongan muda Islam dan Yahudi.

Seorang anggota beragama Islm dalam Dewan AS mewakili kawasan Detroit, Rashida Tlaib, menyatakan Woll sebagai seorang teman dan berkata beliau terkejut dengan pembunuhan tersebut.
“Saya tidak dapat berkata apa-apa,” Tlaib menyatakan dalam Facebook.  – AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... nti-semitisme-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:13 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-10-2023 10:14 AM

Monaco rampas kembali status jadi pendahulu Ligue 1 Perancis

Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Monaco dan Metz di Stadium Louis II. — Gambar AFP

PARIS: Aleksandr Golovin menjaringkan dua gol ketiga Monaco bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Metz 2-1 dan merampas kembali pendahulu Ligue 1 Perancis sementara Lyon menghuni tangga terbawah liga apabila masih tanpa kemenangan pada Ahad.

Monaco memulakan perlawanan hujung minggu dengan berada di tangga teratas liga tetapi kemenangan buat Paris Saint-Germain (PSG) dan Nice menyebabkan mereka tercicir ke tangga ketiga.

Lamine Camara mengejutkan Monaco apabila meletakkan Metz di hadapan seawal minit keempat.

Tetapi Monaco tidak cemas dan hampir mengikat kedudukan menerusi cubaan Mohamed Camara sebelum Golovin akhirnya mengikat kedudukan pada minit ke-42.

Golovin menjaringkan satu tendangan percuma cantik pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Monaco di hadapan buat kali pertama dan selepas itu mereka berjaya mempertahankan kedudukan tanpa banyak masalah.

Kemenangan melonjak Monaco kembali ke tangga teratas dengan kelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, Nice, sementara PSG kurang satu lagi mata di tangga ketiga.

“Kami mempunyai banyak yang perlu dilakukan, banyak perkara dalam  posisi tertentu,” kata jurulatih Monaco, Adi Huetter, yang menggantikan Philippe Clement sebagai jurulatih Monaco sebelum bermulanya musim baharu.

“Semasa perlawanan, saya tidak tenang tetapi saya sangat gembira kerana kami mendahului liga, dengan tiga kemenangan berturut-turut.”

Permulaan musim yang buruk buat Lyon berterusan apabila bekas juara liga tujuh kali berturut-turut itu tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Clermont, kelab yang menghuni tangga  terbawah liga sebelum ini.

Skuad kendalian Fabio Grosso itu masih tanpa kemenangan dalam sembilan perlawanan liga musim ini dan mereka hanya mengutip tiga mata selepas beberapa bulan bermasalah.

Lyon ketinggalan 0-2 sebelum rehat menerusi gol Muhammed Cham dan Yohann Magnin untuk meletakkan Clermont di landasan kemenangan pertama mereka musim ini.

Gol sendiri Florent Ogier pada awal separuh masa kedua memberikan Lyon harapan namun mereka gagal menjaringkan gol penyamaan dan sekarang berkongsi rekod gol paling kurang bersama-sama Clermont dengan hanya tujuh gol dalam liga.

Pada perlawanan lain, Lille menewaskan Brest 1-0 menerusi gol awal Yusuf Yazici, sekali gus membolehkan mereka memintas Brest ke tangga keempat dengan perbezaan gol.
Toulouse dan Reims seri 1-1 sementara Nantes menewaskan Montpellier 2-0.

Pada Sabtu, PSG membelasah Strasbourg 3-0 sementara Nice menewaskan Marseille 1-0. — AFP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:15 PM | Show all posts
F1: Kemenangan ke-50 dalam karier



Verstappen keluar dari keretanya untuk berlumba dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix AS di Litar The Americas di Austin, Texas. — Gambar AFP  
AUSTIN: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen, melengkapkan kemenangan hatrik di Texas pada Ahad apabila memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) yang ke-50 dalam kariernya dalam satu perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat yang sengit dan penuh strategi.

Pemandu berusia 26 tahun dari pasukan Red Bull yang bermula di petak keenam itu, berjaya memintas pemandu lain untuk mengawal perlumbaan dan menamatkannya dengan kelebihan 2.225 saat berbanding pesaing terdekat, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes.

Verstappen, yang memenangi perlumbaan pecut yang ketiga berturut-turut di Qatar, berkata: “Bermula dari petak keenam menjadikan semuanya sedikit sukar.

“Kemenangan ke-50 adalah sangat hebat dan untuk melakukannya di sini, saya berasa sangat bangga. Sekarang kami akan terus memburu lebih banyak lagi kemenangan.”

Lando Norris, pada perlumbaan Grand Prix ke-100, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk pasukan McLaren selepas satu perlumbaan di mana dia memintas pemandu di petak pertama, Charles Leclerc dari pasukan Ferrari  untuk mendahului perlumbaan. Di belakangnya ialah Carlos Sainz dari pasukan Ferrari, Sergio Perez dari pasukan Red Bull dan Leclerc.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut Verstappen di Sirkit America dan membolehkannya menyamai pencapaian rekod 15 kemenangan musim lepas.

Dia kini jauh mendahului senarai keseluruhan kategori pemandu dengan kelebihan 228 mata berbanding Perez.

“Saya fikir dalam keseluruhan perlumbaan, saya bergelut dengan brek,” tambah Verstappen, yang menerima cemuhan dari satu kumpulan penonton.

Hamilton mengucapkan tahniah kepada Red Bull dan Verstappen di atas prestasi dan musim yang tanpa masalah.

“Kami cuba mengejar pada akhir perlumbaan dan saya mempunyai harapan tetapi kami memerlukan lebih banyak pusingan sebenarnya,” kata Hamilton.

Norris menambah: “Mendahului perlumbaan, kami cuba mengawalnya tetapi ia tidak memadai hari ini. Saya gagal mempertahankan kedudukan itu.”

George Russell, juga pada perlumbaan ke-100, menduduki tempat ketujuh untuk pasukan Mercedes, di hadapan Pierre Gasly dari pasukan Alpine dan Lance Stroll, yang bermula di lorong pit untuk pasukan Aston Martin.

Yuki Tsunoda melengkapkan 10 pasukan teratas yang menamatkan perlumbaan untuk pasukan Alpha Tauri dan memperolehi satu mata bonus untuk catatan satu pusingan terpantas.

Perlumbaan bermula dengan 16 kereta di atas litar dan empat di lorong pit, dengan pasukan Aston Martin dan Haas melakukan pertukaran persiapan enjin.

Suhu mencecah 29 darjah Selsius sementara suhu litar pada 40 darjah, sesuatu yang sukar untuk tayar.

Norris bermula dengan cemerlang apabila memintas Leclerc pada selekoh pertama permulaan perlumbaan dengan Sainz berjaya memintas Hamilton untuk kedudukan ketiga dan Verstappen berjaya naik satu tempat ke kedudukan kelima dari petak keenam.

Norris berjaya menjarakkan kedudukan dengan kelebihan dua saat berbanding Russell pada pusingan ketiga sebelum Hamilton memintas Sainz untuk merampas kembali kedudukan ketiga pada selekoh ke-12.

Pada pusingan ke-11, Verstappen memulakan usaha untuk mengejar Norris apabila berjaya memintas Leclerc pada selekoh ke-12.

Verstappen adalah pemandu pertama dari kelompok hadapan yang memasuki pit untuk menukar tayar pada pusingan ke-16 dan kembali semula ke litar di kedudukan kesembilan.

Norris memasuki pit tidak lama selepas itu untuk membolehkan Hamilton mendahului kedudukan walaupun Hamilton memasuki pit pada pusingan ke-21 dan kembali semula di kedudukan kelima di belakang Verstappen, satu isyarat jelas bahawa Mercedes mengambil risiko dengan hentian pit terlalu lewat.

Norris kembali mendahului perlumbaan tetapi dua saat di hadapan Verstappen, yang mengadu masalah brek pada keretanya namun enggan mengalah dan berjaya mendahului perlumbaan pada pusingan ke40.

Dalam cuaca yang panas, keberkesanan tayar memainkan peranan penting dan ia memberikan kelebihan kepada pasukan yang bijak mengatur strategi.

Pada pusingan ke-49, selepas dihalang oleh Norris, Hamilton berjaya menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 5.2 saat di belakang Verstappen dan berbaki tujuh pusingan.

Walaupun dia berjaya merapatkan kedudukan pada saat akhir, ia tetap tidak memadai untuk menafikan kemenangan ketiga berturut-turut Verstappen di Austin. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... -ke-50-dalam-karier

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 06:17 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-10-2023 10:18 AM

Sindiket di China jual daging kucing sebagai daging ayam, kambing, lembu


BEIJING: Polis China menyelamatkan lebih 1,000 kucing yang dimuatkan dalam trak, dipercayai mahu disembelih dan dijual sebagai daging babi, lembu atau kambing kepada pelanggan restoran.

Tindakan keji sindiket itu berjaya dibanteras apabila polis di China memeriksa trak yang sarat muatan, susulan aduan pencinta haiwan pada 12 Oktober lalu.

Menurut akhbar The Paper, peniaga membawa trak dikatakan memburu kucing dan menjual dagingnya untuk di masak sebagai makanan di Zhangjiagang, sebuah daerah di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu.

Katanya, pencinta haiwan cuba mengesan trak penuh dengan muatan kucing itu selama hampir seminggu, selepas menemui puluhan peti kayu yang setiap satu mengandungi kira-kira 20 ekor kucing, di tanah perkuburan di wilayah pantai timur.

Selepas enam hari mengintip lokasi di mana kucing biasanya berkeliaran dan laluan yang digunakan peniaga, kumpulan aktivis haiwan itu berjaya memintas trak kucing di jalan raya dan menghubungi polis tempatan untuk mendapatkan bantuan.

Trak yang membawa muatan kucing itu dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, di mana haiwan itu akan disembelih dan dijadikan makanan seperti sate lidi dan sosej sebelum dijual sebagai daging babi, kambing atau daging lembu, menurut aktivis.

Menurut seorang aktivis haiwan, Gong Jian, taktik memperdayakan pelanggan dengan daging kucing memberi keuntungan lumayan kepada peniaga.

“Daging kucing dijual pada harga 4.50 yuan (RM2.94) bagi satu paun atau 0.45 kilogram (kg) tetapi di pasaran, daging kambing boleh dijual dengan harga 30 yuan (RM19.63) bagi 0.45kg.

“Menjual daging kucing dengan berat sekitar empat hingga lima paun sebagai daging kambing atau daging babi, (peniaga) memperoleh keuntungan berdasarkan perbezaan keseluruhan harga,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan aktivis itu menemui sebuah rumah penyembelihan di wilayah tenggara Guangdong di mana bangkai kucing beku yang dilapah disimpan untuk dijual.

Seorang lagi aktivis, Han Jiali, yang mula menjejaki kereta kucing selepas kehilangan haiwan peliharaannya sendiri, berkata pihak berkuasa tempatan memaklumkan kepadanya haiwan itu tidak berada di bawah perlindungan undang-undang.

Pihak itu juga memaklumkan, dana awam tidak boleh diperuntukkan bagi penjagaan haiwan yang diselamatkan daripada peniaga kucing.

“(Peniaga) menceroboh hartanah saya dan membawa haiwan kesayangan saya ke Guangdong untuk dimakan,” katanya.

Buat masa ini, kebanyakan kucing yang diselamatkan dipindahkan ke taman sementara, dijaga sukarelawan sehingga kembali sihat.

Butiran mengenai kucing seperti baka dan warna bulunya, turut dipaparkan di media sosial supaya pemilik dapat menuntutnya kembali.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:20 PM | Show all posts
China beritahu Israel, ‘semua negara berhak pertahankan diri’



WANG Yi dilantik sebagai menteri luar baharu China menggantikan Qin Gang. - AGENSI

BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi, hari ini memberitahu rakan sejawatnya di Israel bahawa ‘semua negara mempunyai hak mempertahankan diri’.

Mesej itu disampaikan Beijing dalam perbualan telefon pertama antara diplomat tertinggi dari kedua-dua negara itu sejak konflik Israel-Palestin meletus bulan ini.

“Semua negara mempunyai hak mempertahankan diri,” kata Wang Yi kepada Menteri Luar Israel, Eli Cohen, menurut nota Kementerian Luar kepada pemberita.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan negara terbabit harus mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi keselamatan orang awam.

Dalam pada itu, Wang berjanji, China akan ‘melakukan yang terbaik’ untuk menyokong usaha yang ‘kondusif untuk keamanan’.

Pada 7 Oktober lalu, pejuang Hamas menyerbu Israel dari Semenanjung Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakannya orang awam pada hari pertama serangan, menurut pegawai Israel.

Israel berkata, kira-kira 1,500 pejuang Hamas terbunuh dalam pertempuran sebelum tenteranya menguasai semula kawasan yang diserang.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 5,000 penduduk Palestin terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza, kebanyakannya orang awam, dalam serangan balas tanpa henti Israel bagi membalas dendam terhadap kumpulan pejuang Islam itu.

China bagaimanapun mengelak mengutuk Hamas secara terbuka atas serangan itu.

Sementara itu, Washington berkata, pihaknya berharap persahabatan China dengan penyokong Hamas dan Iran dapat membantu meredakan konflik, terutama selepas Beijing menjadi perantara bagi Teheran dan musuh lamanya, Arab Saudi tahun ini.

“Tugas paling mendesak sekarang adalah menghalang konflik daripada terus meningkat, yang boleh membawa kepada bencana kemanusiaan lebih serius,” katanya Wang kepada Cohen.

Wang turut mengulangi pendirian Beijing bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya hasil yang berdaya maju kepada konflik itu.

China sangat berharap isu Palestin akan diselesaikan secara menyeluruh dan adil berdasarkan ‘penyelesaian dua negara’.

Pada masa sama, kebimbangan keselamatan yang sah semua pihak dapat ditangani dengan cara yang ikhlas lagi teliti bagi mendapatkan penyelesaiannya berkekalan. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-n ... k-pertahankan-diri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:23 PM | Show all posts
Wanita terkejut balik bercuti tengok rumah kena roboh



ATLANTA: Seorang wanita sedang memikirkan tindakan boleh diambil selepas sebuah syarikat tersilap merobohkan rumah yang dimilikinya di barat daya Atlanta, Amerika Syarikat (AS).

Susan Hodgson berkata, dia menemukan timbunan sisa runtuhan di lokasi yang menempatkan kediaman keluarganya selepas balik daripada bercuti pada bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan amat marah, malah saya berfikir sama ada adakah semua ini sesuatu gurauan?,” katanya.

Menurut Hodgson, dia menerima panggilan daripada jirannya ketika sedang bercuti yang menanyakan padanya sama ada mengupah syarikat untuk merobohkan rumah kosong itu.

“Saya menafikan mengupah perkhidmatan demikian dan jiran memaklumkan beberapa pekerja baru sahaja merobohkan rumah keluarga saya,” katanya.

Hodgson berkata, jirannya cuba menjelaskan kepada pekerja syarikat itu namun mereka memintanya untuk tidak mengganggu kerja sedang dilaksanakan.

“Mereka menyuruh jiran saya diam dan jangan mencampuri urusan orang lain.

“Oleh itu, saya terpaksa meminta saudara saya pergi ke rumah untuk melihat apa sedang berlaku dan memeriksa permit tersebut.

“Setelah meneliti dokumen itu, pekerja itu mengakui berada di alamat rumah yang salah,” katanya.

Jelas Hodgson, rumah keluarganya dibina kira-kira 15 tahun lalu dan sentiasa berada dalam keadaan baik dengan rumput dipotong dan halamannya bersih.

Tambahnya, dia kini sudah memfailkan laporan polis dan sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan seterusnya. – AP

https://www.utusan.com.my/luar-n ... k-rumah-kena-roboh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:28 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-10-2023 10:30 AM

Beberapa orang hilang selepas kapal kargo bertembung di Laut Utara Jerman



hilang di lokasi.- Foto AGENSI
BERLIN: Beberapa individu dilaporkan hilang selepas dua kapal kargo bertembung berhampiran pulau Heligoland di Laut Utara Jerman, menurut pusat kecemasan maritim hari ini.

Menurut kenyataan, kapal Polesie dan Verity bertembung pada kira-kira 5.00 pagi (waktu tempatan) pada kedudukan 12 batu nautika (22 kilometer) barat daya Heligoland yang berkemungkinan menyebabkan Verity tenggelam.

Salah seorang daripada mangsa kejadian itu berjaya diselamatkan dan kini sedang menerima rawatan perubatan, manakala beberapa lagi masih hilang, tambahnya.

Operasi menyelamat itu turut membabitkan kapal penyelamat, bot polis, 'sensor aircraft', helikopter dan beberapa jenis kapal lain.


Kapal Polesie itu membawa 22 penumpang dan kini masih dibawa arus, menurut pihak berkuasa.

Difahamkan, kapal Verity dalam perjalanan dari Bremen ke bandar Inggeris Immingham manakala Polesie pula belayar dari Hamburg ke La Coruna di Sepanyol. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2023/10/1168933/beberapa-orang-hilang-selepas-kapal-kargo-bertembung-di-laut-utara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.128350 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list