View: 350|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tak pakai jaket keselamatan sebab basah, ambil gambar
[Copy link]
|
|
APMM melakukan pemeriksaan ke atas bot pelancong dalam Op Anai-anai Laut. FOTO ihsan APMM
Kuala Terengganu: Tidak mahu pakai jaket keselamatan yang sudah basah dan mahu mengambil gambar antara alasan diberikan pelancong kerana tidak memakai jaket keselamatan dalam pemeriksaan Op Anai-anai Laut di perairan Terengganu.
Dalam operasi yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selama lima hari bermula 4 September lalu di perairan Besut, Merang dan pulau berhampirannya, sebanyak lapan bot turut dikesan membawa penumpang melebihi had ditetapkan.
Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kesemua kesalahan itu dikesan hasil 95 pemeriksaan terhadap bot pelancong.
Menurutnya, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang seperti lesen, pengusaha bot penumpang dan pemakaian jaket keselamatan.
Katanya,sikap ingin mengaut keuntungan lebih sehingga sanggup membawa penumpang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya insiden tidak diingini.
"Bot-bot ini diarahkan balik ke pangkalan dan menurunkan penumpang yang dibenarkan seperti dalam buku lesen selain diberikan amaran tegas.
"Kebanyakan pengusaha bot yang menawarkan pakej harian dari Kuala Besut, pantai Penarik dan Merang ini juga mengambil kesempatan dalam cuti sekolah memandangkan permintaan yang tinggi dengan mengabaikan aspek keselamatan.
"Aspek keselamatan ini sering kali diambil mudah oleh pengusaha dan penumpang atau pelancong yang melakukan aktiviti riadah serta rekreasi terutama di musim cuti sekolah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Muhammad Suffi berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) menunjukkan peningkatan di Terengganu apabila 17 kes direkodkan bermula awal tahun hingga hari ini berbanding hanya 10 kes pada tahun lalu.
Katanya, peningkatan jumlah kehilangan nyawa dan harta benda itu amat membimbangkan.
"Justeru, Op Anai-anai Laut akan dilaksanakan setiap tahun bermula tahun ini berikutan cabaran dan insiden yang menunjukkan peningkatan kes.
"Selain tugas penguatkuasaan undang-undang di laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga bertanggungjawab menerajui operasi Carilamat Maritim.
"Ia juga bertujuan memantapkan kesiapsiagaan operasi Carilamat serta meningkatkan tahap kesedaran komuniti maritim tentang aspek keselamatan di laut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -basah-ambil-gambar |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|