CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 8

[Tempatan] Ustaz Dusuki pulak kena lepas Asyraf Wajdi pitenah tentang Tabung Haji jual aset

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Kalo maHkamah dah tolak saman pitenah Ustaz Dusuki kat Mujahid bermakna yang cakap benar adalah Mujahid

Hari tu si Asyraf Wajdi kena ... lah ni Ustaz Dusuki pulak tergolek dog



Sumber :

Mahkamah tolak saman fitnah Dusuki terhadap Mujahid
N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Sep 14, 2022 11:40 AM ⋅ Dikemaskini:  12:04 PM






Selepas kes dengan ketua pemuda Amanah Kelantan, hari ini giliran bekas menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof pula berjaya mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ini berikutan Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung dakwaan isu penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam.

"Mahkamah mengarahkan Ahmad Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.

"Saman fitnah oleh Dusuki difailkan rentetan ciapan Mujahid pada 22 Nov 20202 selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam," kata peguam Norazmir Zakaria yang mewakili Mujahid dalam kes itu.

Terdahulu, saman Ahmad Dusuki dikemukakan susulan kenyataan Mujahid seperti berikut:
“Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan”.

Susulan itu, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas menuntut Mujahid membuat permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyata jumlahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini berkata mahkamah dalam penghakiman menyatakan bahawa kenyataan melalui Twitter Mujahid itu bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, hakim juga menegaskan pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang digunapakai oleh defendan adalah pembelaan yang terpakai.

"Ini kerana defendan yang merupakan bekas menteri agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti.

"Sebagai bekas menteri agama, defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang TH supaya TH tidak lagi disalah anggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang Islam," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 03:33 PM | Show all posts
PAS dan fitnah bagai aur dengan tebing..


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauliah bagi ceramah pun Sultan dah tarik. Gi jual budu je lah wahai lobai Pas Dasuki the petir man
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:50 PM | Show all posts
tapi aku respek ustd dari seberang jugak yg bagus..dlm byk2 ada sorg tu.yg lain2 tu kurg sikit dari segi hadis sahih/pencerahan berdasarkan Al Quran. tidak meleret2 dan tegas penyamapaianya. lagi2 ustd yg suka jerit tu..tgk pun aku menyam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:54 PM | Show all posts
uztaz syamsul debat je yg menghiburkan........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebai jenis apa kerja memfitnah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya yang kena panah petir ni setan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Dusuki Petirman tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.121640 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list