CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 1

[Kelantan] Azi mungkin sudah dibawa sejauh Bangkok atau sempadan Myanmar

[Copy link]
Post time 18-9-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Rosnazirah Mohd Naim.

TUMPAT: Ejen jualan kosmetik dari negeri ini, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand, berkemungkinan sudah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar.

Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pasukan polis negara jiran itu tidak menolak kemungkinan berkenaan dan giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu.

Katanya, pencarian itu dilakukan di banyak premis, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek.

"Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi, kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.


"Serbuan sudah dilakukan di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand.

Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
https://www.bharian.com.my/berit ... au-sempadan-myanmar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 03:46 PM | Show all posts
Allahu. tipis nk jumpa balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.056635 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list