CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Pahang] Maqis rampas 55 tan daging kerbau dari India

[Copy link]
Post time 20-9-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode

DAGING kerbau tanpa tulang yang dirampas. FOTO Ihsan Maqis

Kuantan: Sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang dari India dianggarkan bernilai RM871,000 dirampas di Pelabuhan Kuantan, di sini, hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan rampasan itu hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai Penguat kuasa Maqis.

Katanya, pemeriksaan mendapati daging kerbau tanpa tulang yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu mempunyai maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan bahan dagangan.


"Modus operandi yang dilakukan adalah dengan mengisytiharkan maklumat permit yang tidak sama dengan sijil halal dan sijil kesihatan veterinar.

"Berikutan itu, barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM871,000 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana memberikan maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan di bawah akta ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kerbau-dari-india
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.331055 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list