View: 395|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pulau Perhentian, Redang bakal terima elektrik 24 jam
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Terengganu: Lebih 600 pengguna domestik dan komersial di Pulau Perhentian serta Pulau Redang bakal menerima bekalan elektrik selama 24 jam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, cadangan pembekalan tenaga itu di bawah Projek Pulau Tenaga Hijau yang dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Katanya, projek itu akan memanfaat hampir 600 pengguna domestik, 70 pengusaha hotel, resort dan chalet, serta 47 pengguna komersial seperti rumah kedai, masjid, klinik dan kedai makan di kedua-dua pulau peranginan berkenaan.
Menurutnya, projek dikemuka Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan diluluskan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 6 Julai lalu.
"Kerajaan negeri memahami situasi yang dialami pengguna terutama pengusaha hotel dan resort di kedua-dua pulau peranginan dan kita sedaya-upaya mahu menyegerakan projek itu.
"Difahamkan, lebih 20 tahun pihak berkaitan memohon sumber tenaga elektrik secara 24 jam dan akhirnya, apa yang diharapkan hampir terlaksana apabila KeTSA meluluskan projek yang dijangka siap pada 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan projek itu sukar disegerakan termasuk kos projek yang terlalu tinggi kerana kabel fiber optik sepanjang 21 kilometer yang perlu melalui dasar laut di Pulau Perhentian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ima-elektrik-24-jam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|