CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 1

Jessica Iskandar kerugian RM3 juta kena tipu

[Copy link]
Post time 25-9-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Jessica Iskandar kerugian RM3 juta kena tipu


JESSICA Iskandar


Jakarta: Pengacara dan pelakon jelita, Jessica Iskandar, 34, terpaksa menjual sebuah rumah mewah miliknya di kawasan elit di sini akibat ditipu rakan kongsi perniagaannya, Christoper Steffanus Budianto atau Steven yang menghilangkan diri.

Jessica dikatakan perlu menjual rumahnya itu bagi membiayai kos kerugian dialami selepas menjadi mangsa penipuan individu terbabit dengan jumlah kira-kira RM3 juta.

Abangnya, Erick Iskandar yang mengesahkan perkara itu berkata, Jessica sudah menghabiskan banyak wang apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM3 juta selepas 11 buah kereta mewah miliknya dilarikan rakan kongsi terbabit.

"Jessica terpaksa menjual rumahnya di Jakarta ini dan sudah pun berjumpa dengan beberapa individu yang mahu membeli rumah itu," katanya.

Difahamkan, Jessica masih buntu apabila pihak polis belum lagi dapat menemukan sebarang petunjuk terkini untuk menjejaki rakan kongsinya itu.

"Buat masa ini, hanya mampu ketawa atas penderitaan diri sendiri. Sabar, ikhlas dan banyakkan berdoa adalah cara paling mudah untuk mengurangkan tekanan," katanya.

Pelakon filem Dealova ini cuba menguatkan semangatnya dengan kata-kata positif supaya terus cekal dan tabah sehingga kes penipuan dialami selesai.

Baginya, inilah dugaan kehidupan berat harus dihadapi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -rm3-juta-kena-tipu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 06:25 PM | Show all posts
You reap what you sow.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.221724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list